Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts

Thursday, 17 May 2018

Bahaya MicroSleep semasa Berpuasa

Pernah tak korang tetiba tertidur tanpa sedar? Contohnya masa driving, tetiba rasa macam “hilang” beberapa saat? Keadaan ni dinamakan MicroSleep. 
Apa sebenarnya MicroSleep ni? MicroSleep ni dikatakan sebagai tidur secara tiba-tiba di luar sedar kita dan boleh jadik kat mana-mana pada bila-bila masa. Biasanya MicroSleep ni jadi bila kita terlalu letih sebab tak cukup tidur.  Kenapa aku fokus semasa berpuasa. Yelah, masa puasa kita kan lebih mengantuk dan letih dari hari-hari biasa, tak cukup tidur dan jugak lapar.
Semasa kita berpuasa, badan agak letih bila setiap hari kita akan bangun untuk sahur lebih awal dari waktu yang biasa kita bangun dan di sebelah malam mungkin tido agak lewat dari kebiasaan juga kerana bulan ini lah peluang untuk kita beribadah sebanyak mungkin, InsyaAllah. Kesan daripada itu, badan yang letih kadang-kadang menyebabkan kita mengantuk.
Sebelum ni aku ada dengar pasal kawan-kawan yang tetiba tertidur semasa memandu dalam bulan puasa. Bahaya kan? Semoga tak terjadi pada kita semua dan alhamdulillah kawan-kawan aku tu takde apa. MicroSleep ni jugak biasa terjadi pada orang yang kerja shift malam atau yang ada masalah tidur macam insomnia dan sleep apnea atau apa-apa keadaan yang menyebabkan kurang tidur atau tak cukup tidur.
Sumber gambar: www.dekra-solutions.com

MicroSleep kebiasaanya boleh terjadi selama beberapa saat sehingga dua minit. Dalam tempoh masa tu, kalau kita sedang kendalikan mesin tajam atau memandu kenderaan, fuh, ngeri kalau dibayangkan.
Tak cukup tidur memang akan meningkatkan risiko berlakunya MicroSleep yang seterusnya boleh menyebabkan kemalangan semasa bekerja dan kemalangan kenderaan. Beberapa tragedi besar pernah terjadi disebabkan oleh microSleep ni ialah bencana nukelarChernobyl dan letupan Challenger pada tahun 1986, tumpahan minyak Exxon Valdez dalam tahun 1989, dan beberapa kemalangan kapal terbang. Takut kan?
Walaumacamanapun, dalam kita berpuasa kerja tetap kena pergi dan anak-anak yang bersekolah kenalah pegi sekolah kan. Jadi, macamana nak pastikan kita cukup rehat supaya tak terjadi MicroSleep ni?
Mengelakkan MicroSleep semasa memandu waktu berpuasa:
1. Elakkan memandu dalam keadaan mengantuk.
3. Tidak memandu berseorangan, boleh bergilir memandu.
4. Kekalkan kerterjagaan minda, boleh dengar radio atau bunyi-bunyi yang membuatkan kita sentiasa peka tapi jangan pula gunakan handphone semasa memandu.

Mengelakkan Microsleep semasa belajar atau bekerja waktu berpuasa:
1. Kekal peka melalui cara berinteraksi dengan orang di sekeliling.
2. Gerakkan badan sekiranya berada di tempat yang sesuai, contohnya mengerakkan tangan memusing pen atau pensel di meja.
3. Berehat sebentar dari belajar atau bekerja.

Lain-lain tip gaya hidup semasa berpuasa:
1.    Seboleh mungkin dapatkan tidur atau rehat yang mencukupi.
2.    Makan makanan berkhasiat yang membekalkan tenaga seperti makanan yang mengandungi Karbohidrat kompleks dan juga protein. Jangan mengambil alkohol. Mak ayah boleh pastikan anak-anak dapat makanan berkhasiat sepanjang berpuasa.
3.    Ambil supplement yang mengandungi Vitamin B dan C.
4.    Tidak digalakkan mengambil minuman berkafein dengan jumlah yang banyak semasa berpuasa kerana mungin menyebabkan dehidrasi pada badan kerana akan kerap membuang air. Ambil sekadar perlu sahaja.
Dan selebihnya, kita bertawakal dan berserah pada Allah.

Sumber Rujukan:

Tuesday, 26 September 2017

Menyarung sepasang jeans yang selesa

Tajuk hanyalah analogi.  Untuk orang yang gemar pakai jeans,  semestinya akan cari yang selesa dipakai.  Pemilihan jenis kain jeans,  cutting,  poket dan zip adalah antara kriteria yang disenaraikan.
Image result for jeans

Mencari sepasang jeans yang selesa untuk dipakai samalah macam kita memilih cara hidup masing-masing. Apa yang kita nak makan, nak pakai dan cara hidup sendiri.

Pepatah ukur baju di badan sendiri tu memang sangat-sangat releven sampai bila-bila pun. Ibarat memilih jeans, ada branded jeans dan ada yang murah. Katakan kita mampu, apa salahnya, beli jerlah jeans branded yang beratus-ratus ringgit, tapi kalau agak-agak tak mampu, beli aja brand apa-apa pun, asalkan selesa. Ye dak? Ada jugak orang yang mampu, tapi prefer untuk beli yang biasa-biasa jer. So..itu, berbaliklah pada tajuk post aku kali ni.

Kenapa kaitkan dengan jeans? Sebab bagi aku, jeans paling banyak kerenah eh kriteria kalau nak dilihat. Sama macam hidup kita. Kadang-kadang sangat complicated kan. Pemilihan sesuatu perkara dalam hidup mungkin mengambil masa yang lama, ada berhari-hari, berminggu-minggu malah mungkin mencecah berbulan-bulan dan bertahun-tahun.

Hidup seharian memang banyak memerlukan pilihan, nak makan kena pilih, nak parking mana pun kena pilih tempat, dan sebagainya. Apatah lagi nak memilih pasangan hidup kan? Kadang, bila dah tersalah pilih, mungkin menyesal..tapi pegangan aku, selagi kita tak pilih "jeans" tu kita mungkin tatau yang sama ada itu pilihan terbaik atau tidak. Sesekali mungkin kita tersalah pilih tapi itu akan menjadi pengajaran buat kita.

Oklah guys, nak pi sarung jeans sat, nak pegi kedai...