Showing posts with label Kembara. Show all posts
Showing posts with label Kembara. Show all posts

Wednesday, 8 November 2017

Perjalanan menaiki ETS ke Utara

Kali ni aku nak kongsikan pengalaman naik ETS. Memandangkan baru kali pertama naik, jadi adalah buat kajian sikit apa yang ada dalam ETS, peraturan, bila nak tunggu nak naik tren dan sebagainya. Ada beberapa blog yang sangat useful dengan maklumat.

Tren ke Sungai Petani aku jam 10.42 am. Menurut orang, ETS kena on the dot untuk naik tren, jangan lambat, nanti kena tinggal. Naik tren ni tak macam bas yang tunggu orang.

Awal sampai di KL Sentral, breakfast kat sana dan lepak-lepak sekejap.




Pukul 10.20 start beratur kat depan pintu masuk gate KTM (sebelah McDonalds) aras 1 yang katanya gate tu sementara untuk ETS. Turun satu tingkat ke bawah dan terus masuk tren, ikut koc dan seat yang ada kat tiket. Kali ni aku dapat koc E.

Sekali tengok keadaan dalam tren bersih dan selesa. Tempat letak kaki pun selesa. 

Kemudahan dalam tren

Ada beberapa kemudahan yang disediakan dalam tren. Antaranya yang paling penting ialah tandas, surau dan makanan. 

Tandas nya simple tapi moden. Kat luar toilet ada lampu yang menunjukkan sama ada toilet tu ada orang atau kosong. Kalau lampu merah menyala, maknanya ada orang, kalau hijau, maksudnya boleh masuk sebab kosong. Toilet dalam tren ni takde asing ikut jantina, tapi gunasama. 



Saiz toilet ni kecik jer, tapi ada satu lagi toilet dengan pintu jenis sliding yang nampak macam besar, yang tu aku tak try masuk. 

Surau ada di Koc C, cafe pun di Koc C. Pilihan menu yang boleh dibeli antaranya ialah Nasi Lemak Pak Roslan, nasi beriani, mee hoon goreng, popia dan dim sum. Pilihan air yang ada, antaranya, 3 in 1 punya teh, kopi dan mineral.

Aku try beli set nasik lemak + kopi ni. 



Tapo bila sebut cafe jangan plak bayangkan cafe yang sebesar koc tu tau, kecik aja, dalam Koc C, ada seat penumpang macam biasa tapi satu ruang tu dibuat table top dan kaunter untuk makanan dan minuman dibeli. Penumpang ada pilihan nak makan kat situ atau makan kat seat. Tapi meja kat situ ada dua jer, dengan empat kerusi. Aku pilih makan kat tempat duduk jer. 

Set yang aku makan tu RM9. Saja nak try, boleh jer bawak makanan luar tapi aku memang nak cuba rasa yang jual kat dalam. Pilihan kopi 3in1 yang ada cuma nescafe dan indocafe. 


Makanan kat sini mula dijual setengah jam selepas perjalanan tren.  Makanan dalam ni semua certified halal, jadi jangan risau yer. Kalau nak tau, ETS tren pertama yang disijilkan halal JAKIM. 

Untuk penumpang yang beli tiket platinum dapat goodies pack ni. Pramugara dan pramugari akan hantar macam dalam kapal terbang tu. 


Ada air soya dan dua jenis biskut. Nanti sampah akan dikutip jugak, tak perlu risau nak buang kat mana.

Yang menarik, ada satu lagi kemudahan dalam tren ni, plug 3 pin untuk caj phone.. Yeay! Tapi setiap seat berkembar tu ada satu sahaja, kat tengah-tengah antara dua seat,  jangan berebut tau.


Perjalanan yang sepatutnya tiba jam 2.48pm sedikit delay dan tiba di stesen Sungai Petani lebih kurang jam 3pm. Surau tak sempat guna sebab nak solat di tempat kursus nanti. 

Tuesday, 7 November 2017

Beli Tiket ETS dari KL Sentral ke Sungai Petani

Sejak dapat panggilan berkursus kat INTAN Utara (INTURA), Sungai Petani (SP) dah terpikir nak naik Electric Train Service (ETS). Sebab? Sebabnya kalau naik flight kena landing kat Alor Star.. Jauh nak ke SP. Bawak kete memang taklah sebab aku tak confident condition kete aku tu dan kalau sorang memang taklah kot. ETS memang ada stesen SP.

Cara Beli Tiket ETS

Dok bertangguh-tangguh beli tiket. Ingat nak beli online jer tapi website ktm tetiba problem. Sebelum website tu down, ada kawan bagitau.. Kena bukak guna browser Mozilla Firefox ja. Takleh guna browser lain. Tapi masa aku browse memang tak boleh. Call call center.. Yang jawab phone tu kata walk in jer ke kaunter kat KL Sentral.

Esoknya aku g KL Sentral walaupun susah payah jer kan.. Haha.. Tapi memikirkan ni first time aku nak naik ETS, ok jugak aku pegi kaunter, boleh tanya pasal seat yang rupa-rupanya ada yang mengadap depan dan ada yang melawan arus. Aku ok jer kalau lawan arus tapi member aku lagi sorang yang nak pegi jugak takleh.

Kaunter tiket ETS terletak di tingkat 1 KL Sentral wing teksi. Kena ambik nombor, bagitau nak beli tiket segera atau advanced booking. Set nombor berlainan.


Masa beli tiket aku tanya macamana nak tau seat mengadap mana kalau beli online. Staff kaunter tu bagi list.. Katanya macam ni, untuk tren ke Utara sahaja tau yang aku dapat ni.

Dr KL Sentral ke Sg petani untuk seat mengadap depan:

Pilihlah

Koc A, B, C seat 8-15

atau

Koc D, E, F seat 1-7

Dan sebaliknya untuk laluan dari Sg Petani ke KL Sentral. 

Selain beli tiket di kaunter atau online di web www.ktmb.com.my, ada mobile apps jugak yang boleh download di Google Play.


Jenis dan Harga Tiket

Ada dua jenis tiket ETS ke SP, Gold dan Platinum. Apa beza antara keduanya? Dari segi masa perjalanan, lebih kurang, mungkin selisih beberapa minit sahaja Gold sampai dulu. Bezanya ialah untuk Gold, banyak station atau hentian, Platinum ada dalam 5-6 station sahaja. Pengguna Gold tak dapat apa-apa makanan, Platinum akan dapat satu goodies pack. 

Harga tiket Gold ke SP ialah RM 62 manakala untuk Platinum, RM82. Beza RM 82. 

Aku beli Platinum masa perjalanan pergi sebab pilihan masa yang lebih sesuai. Untuk perjalanan balik, aku pilih Gold.

Tukar atau Cancel Tiket

Kalau nak tukar tiket, petukaran boleh dibuat dalam masa 24 jam sebelum perjalanan. Contohnya, tiket jam 10.45 pagi 6 November 2017, tiba-tiba kita ubah fikiran dan nak tukar masa, kena buat sebelum 10.45 pagi 5 November 2017. Beza harga tiket (jika ada) contohnya tiket Platinum, bila tukar masa kena pilih Gold, beza harga tiket tu boleh refund. Tiket yang kita cancel jugak boleh refund. 

Ok, untuk next entry aku share pasal pengalaman naik ETS yer.