Friday 15 March 2019

Wild Wild West Gala Dinner

Jumaat lepas, 8 Mac 2019, bertempat di Dewan Integriti Aras 2, di bangunan Jabatan tempat aku bekerja, kelab Bahagian menganjurkan Gala Dinner 2019. Kali ni aku terlibat sebagai AJK Keceriaan dan Kebersihan, sejak masuk memang muka masuk AJK ni, which aku pun memang suka, boleh terleka buat benda-benda ni. Kena pulak dapat ahli pasukan yang best, masyuk...Selain tu aku jugak jadik emcee bersama seorang kawan pejabat lelaki.

Tema dinner kali ni Wild Wild West, perkara pertama terbayang ialah koboi..tapi mesti semua orang pikir yang sama kan..so aku mencari sedikit kelainan...aku pilih red indian...dengan harapan tak ramai red indian malam tu.

Kerja-kerja preparation deco dibuat seawal dua minggu sebelum tarikh majlis sebab banyak juga idea geng dalam team. Menarik semuanya, aku on jer..Dari segi props hiasan yang terhasil ada wagon, penjara, tepee dan jugak hiasan kaktus. Hiasan atas meja makan juga bertemakan kaktus. Barang-barang dibeli di Eco, Mr Diy, Kaison dan Daiso.

Alhamdulillah ada barang dan petang hari majlis setel semuanya. Yelah kan, kenalah bagi setel gak. Hehe. dah malamnya mana sempat.

Majlis malam tu kami buat secara casual jer, santai-santai supaya dapat melupakan keresahan dan kepenatan bekerja.

Meriah dengan kehadiran dekat 80 orang staff. Makanan semua menarik...etc...

So, layan jerlah gambar-gambar ni.




















Oh yer, aku menang Anugerah Pegawai Paling Stylo/Bergaya yang dibuat undian secara online dalam two weeks before the nite. Segan gak, tapi..apapun, thank you pada yang mengundi...:) Menang cabutan bertuah gak.. Masa announce tak perasan nombor sendiri.. Mujur dr stage terpandang anak buah yang sebut nombor puan lah.. Haha... 





No comments:

Post a Comment