Monday 8 May 2017

Reaching out

Biasa stress?

Stress sebab kerja
Stress sebab kehidupan harian
Ada seribu satu alasan sebab kita jadik stress.

Dalam life,  dengan adanya stress,  apa yang kita buat dapat disempurnakan,  ni kita panggil stress yang elok atau positive stress. Stress yang tak elok atau negative stress pulak stress yang tak membantu sebaliknya melemahkan kita, mengganggu prestasi kerja dan mengurangkan kualiti hidup.

Macamana nak atasi stress dengan cara mudah? Lain orang,  dengan punca stress yang sama,  tapi penerimaan atau cara bertindak balas terhadap stress tu boleh berbeza. Cara nak divert dari stress jugak ada macam-macam cara.

Ada orang exercise.

Ada orang buat aktiviti atau hobi yang diorang suka.

Aku? Bila stress aku mengemas.. Kalau kat rumah,  bila stress kul 2-3 pagi aku mop rumah.  Ngemas sampai penat,  mandi.. Tidoooo..

Apapun,  kalau rasa stress sangat2 mencengkam,  kita kena carik solution untuk keluar dari kurungan stress tu.  Caranya?

Dapatkan bantuan,  cari orang yang dipercayai untuk meluahkan rasa stress.  Carilah orang yang memahami kita atau yang takkan judge kita.

Cara lain,  dapatkan khidmat profesional.  Kalau jabatan kerajaan ada kaunselor.  Jumpa kaunselor tak bermakna kita staff yang bermasalah yang biasanya dirujuk oleh boss,  tapi kita boleh serah diri untuk dapatkan bantuan on at least how to manage stress yang ada.  Maybe kaunselor tak mampu selesaikan punca stress tu tapi maybe ada pendekatan on how to deal or just live with it

Apapun,  reaching out is the best in handling stress dari disimpan,  takut jadik kes2 kemurungan,  kurang siuman,  etc.. Bila dah sampai peringkat ni,  kena jumpa psikiatri instead of kaunselor.


No comments:

Post a Comment