Pages

Friday, 16 October 2020

Fisio di rumah jer.

Sejak PKP dah lama sangat rasanya tak berurut, badan pun rasa sengal-sengal, mintak diadjust. Dengan tekanan kerja yang semakin menjadi-jadi sejak norma baharu memang semakin terasa especially kat bahu dan belikat yang rasa sangat tegang, keras kejung.

Our Ben Ashaari yang introduce physiotherapist yang boleh datang ke rumah, selepas tu dok tengok kawan-kawan semakin lama semakin ramai yang mencuba, aku pun ambik peluang, contact Puan Atikah (Founder The Rehab Physio), set appointment pada 10 Oktober 2020. Puan Atikah memang merupakan Physiotherapist terlatih, dah 10 tahun berkecimpung dalam bidang ni. Sebelum ni Puan Atikah bekerja di sebuah Klinik yang menawarkan rawatan fisioterapi dan kini bergerak sendiri dengan membuat rawatan rumah ke rumah. Mudah untuk kita kan?

Puan Atikah datang tepat pada waktu yang dijanjikan, jam 1.30 tengahari dengan membawa katil mobile dan lain-lain peralatan berkaitan. Sesi dimulakan dengan interview ringkas pasal condition yang aku hadapi sekarang. Masalah aku ialah selalu sakit belakang, stiff bahagian bahu dan belikat dan lutut pun kadang-kadang bermasalah jugak.

Ini senarai therapy yang diberi sesuai dengan keperluan aku sekarang:

Manual Therapy - neck & lower back.

Sports masggage & deep friction massage upper body.

Thoracix mobilization.

Nerve Stretching (PNF)

Posture pump for neck release

Streching lower back &neck.

Setiap point yang dituju oleh Puan Atikah, perghhhh..memang terasa sungguh. Sebenarnya kalau tekan pada tempat yang betul, memang normal untuk berasa sakit. Mana-mana tempat yang ditekan dengan kuat kekadang akan meninggalkan kesan merah atau lebam untuk sehari. Badan aku ada masalah otot (muscle) keras dan tidak melibatkan saraf atau discs di tulang belakang, Untuk betulkan semua muscle tu aku mungkin perlukan beberapa  sesi lagi. 


Sambil bagi treatment, Puan Atikah berkongsi macam-macam tip kesihatan dari perspektif physiotherapist. Dari pemilihan kasut, kepentingan  stretching sebelum bersenam dan sebagainya.

Fisioterapi ni sebenarnya tidak hanya terhad untuk proses pemulihan pesakit selepas kemalangan atau atas diagnosis pakar perubatan sahaja. Kita boleh berhubung dengan Puan Atikah dan bagitau condition sekarang dan adakah treatment fisio diperlukan. The Rehab & Fisio cover area KL, Selangor dan Putrajaya dengan caj tranportation mengikut jarak.


Ini senarai perkhidmatan yang ditawarkan, caj treatment adalah berbeza mengikut jenis dan jarak (lokasi).

Dapatkan butiran lanjut di disini FB The Rehab & Physio / IG:therehab_physio atau boleh Whatsapp Puan Atikah di talian 01155532903. Dapatkan servis terbaik Fisioterapi hanya di rumah anda.

No comments:

Post a Comment