Anak-anak yang dua orang memang pakai spek. Si Namee tukang patahkan, haritu dia patahkan abang punya, ni kakak punya pulak. Adoi si Namee...
Kebetulan jugak harini ke Low Yat sebab asben nak beli barang opis dia, so kita ambik peluang ke Sungei Wang buat spek kakak. Dulu pernah buat spek kimi kat sini jugak.
Harga? Masih kekal murah wei...tadi orang ramai masa nak buat spek kakak. Pilihan frame banyak..so kakak dapat lah pilih yang dia berkenan. Dah cek power apa semua decide ambik Alpha 420 Lense sebab memang kakak ada silau. So harga RM65 (frame + lense) + RM60 untuk lense alpha. Total RM125 jer wei...kualiti memang ok...
Beza Alpha ni dengan multicoated lain...cahaya tu memang tak tembus masuk..so tak ganggu penglihatan mata masa pakai spek. Huhu... bestnya.. mama nak jugak buat spek baru tapi tadi tak sempat nak buat sebab macam2 hal lah bila berjalan reramai ni kan?
Oh...lokasi kedai Eye Pro Vision makin mudah nak carik, kat G111 depan escalator, sebelah kedai Beryl’s.
Sempat jumpa big boss William Chai..as usual, friendly and very helpful boss...takde sombong punya. Thanks William.
Bersama big boss William.
No comments:
Post a Comment