Bermula 1 Disember 2018, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan KLIA2 telah mula mengamalkan Silent Airport Policy. Apa Silent Airport Policy ni?
Silent Airport Policy ni maksudnya airport yang tak 'meriah' dengan announcement dari siaraya. Malaysia Airports Holdings Bhd (MAB) memaklumkan bahawa polisi juga dilaksanakan selaras dengan maklumbalas yang diterima dari para pengunjung yang agak mengganggu bagi mereka bila terlalu banyak pengumuman dibuat. Selain dari tu, ada juga pengumuman yang menimbulkan kekeliruan.
Makluman melalui Twitter.
KLIA telah menghentikan pengumuman untuk boarding dan public paging. Inisiatif ini juga dilihat dapat menyediakan persekitaran airport yang lebih tenang dan aman.
Jika sebelum ini lebih 500 pengumuman dibuat sehari, kini bilangan itu semakin berkurangan. Untuk maklumat lanjut penerbangan pengunjung boleh merujuk kepada Flight Information Display screens dan MyAirport mobile apps dengan maklumat semasa atau real-time status penerbangan, boarding gates information dan maklumat lain.
Dengan pengurangan dua jenis pengumuman tadi, sebenarnya sebanyak 70% pengumuman harian berjaya dikurangkan.
Antara negara lain yang telah mula mengamalkan polisi ini termasuklah
America Utara, Eropah, Afrika, Asia, dan Australia. Contoh airport yang terlibat ialah London City Airport, Helsinki Airport, Changi Airport, Chennai Airport dan Barcelona ElPrat.
Jadi, selepas ini tiada lagi pengumuman yang berkemungkinan akan membuatkan kita terleka dan terlepas flight? Jadi, kita kenalah sentiasa alert dengan informasi berkaitan penerbangan melalui skrin maklumat atau mobile apps yang dah disediakan. Jangan terleka, nanti bukan kita yang terbang, duit bayar tiket yang terbang...selepas ni kita mungkin merindui pengumuman yang biasa dibuat di airport..kan..yang biasa bermula dengan bunyi ting tong..ting tong... Dan kemudian diikuti suara lemak merdu petugas airport yang membuat pengumuman.
Rujukan:
https://www.google.com/amp/s/www.nst.com.my/node/436838/amphttps://magazine.vaneairport.com/travel-healthy/airport-wellness-trend-silent-airports/
No comments:
Post a Comment