Buat kali pertama aku menjejakkan kaki di Kuala Kangsar, Bandar Diraja Perak dua hari lepas. Banyak bangunan berwarna kuning yang menggambarkan simbolik warna diraja. Rekabentuk bangunan di Kuala Kangsar ni dan rumah asal negeri Perak menarik pandangan aku.
Dari Taiping, husband sengaja memilih untuk ke Kuala Kangsar ni sebab berniat nak solat di Masjid Ubudiah tulah. Dikhabarkan sebagai salah sebuah Masjid terindah di Malaysia, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar memang terkenal. Tapi sayangnya aku tak dapat masuk sebab waktu tu waktu solat Jumaat. Hajat husband nak solat kat situ terlaksana juga. Tapi tak dapatlah aku tengok keindahan interior design masjid tu. Semoga ada kesempatan lain.
Dengan cuaca yang cantik, kelihatan masjid yang berusia lebih 100 tahun (dibina pada tahun 1913) tu memang tersergam indah. Rekaan dibuat oleh seorang arkitek kerajaan pada zaman tu, Arthur Bennison Hubback. Arkitek yang sama yang membuat rekaan stesen keretapi Ipoh dan Kuala Lumpur. Masjid ini dibangunkan semasa zaman pemerintahan Sultan Perak ke28, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar Teja.
Masjid Ubudiah ni terletak bersebelahan makam diraja Perak dan berhampiran dengan Galeri Sultan Azlan Shah (sayang sebab tak dapat masuk galeri, tutup awal pulak hari tu). Husband bagitau dalam kawasan masjid tu ada rumah 'adabi' sekali tapi dia terlupa nak snap gambar.. Rumah 'adabi' tu maksudnya rumah yang macam dalam iklan rempah adabi sajian zaman silam tu.. Alaaa.. Rugi kan asben tak ambik gambar.
Ni aja gambar masjid dan kawasan sekitar Kuala Kangsar yang dapat ambik.

Beberapa kali mengelilingi bulatan kecik ni sebab mencari kedai makan mee udang yang berkesudahan gagal ditemui.
Galeri Sultan Azlan Shah
Tak dapat mee udang, mujur ada laksa sarang dan laksa special (laksa dibungkus dalam telur) Pak Ngah ni.
masjid tu memang cantik, suka tengok. teringin nak singgah dn solat kat masjid tu jugak
ReplyDeleteCantik kan yan..teringin gak nak solat dalam tu.
Deletebagaimana saya boleh berhubung dengan puan.tq
Deleteboleh saya hubungi puan? bagaimana
ReplyDelete