Pages

Friday, 5 October 2018

Jadilah pendengar yang baik, bukannya....

Salam Jumaat.

Sedikit perkongsian berkenaan menjadi pendengar yang baik...Aku ada terbaca artikel online ni, berkenaan aib orang dan sebagainya, ada satu perenggan ni yang menarik perhatian aku dan mengingatkan aku kepentingan kita menyimpan rahsia.

Mencari-cari keaiban orang. Islam mengharamkan perbuatan mencari-cari kecacatan, keaiban orang lain dan mendedahkan keaiban yang disembunyikan dan membongkarkan rahsia mereka.
Abu Hurairah berkata: Rasulullah berkata kepada kami dengan mengatakan:

"Wahai sidang orang yang beriman dengan lidahnya, pada hal iman belum lagi masuk ke dalam hatinya, janganlah kamu mencari-cari keaiban orang Islam. Sesungguhnya siapa yang berbuat demikian, maka Allah akan membukakan keaiban dalam rumahnya."


(Hadis Riwayat Abu Daud dan lain-lain)

Dalam kes lain, diceritakan bahawa Abu Qilabah berkata: "Saidina Umar bin Al-Khattab diberitahu bahawa Abu Mihjan al-Taqafi sedang minum arak bersama beberapa orang kawan di rumahnya."
Lalu Umar bergegas ke sana dan terus masuk ke dalam rumahnya. Tiba-tiba didapati di situ hanya seorang saja bersamanya. Kemudian Abu Mihjan berkata:
"Sebenarnya ini tidak halal bagimu. Sesungguhnya Allah melarang engkau mengorek rahsia." Lantas Umar pun keluar.
(Sumber: http://mukimsrimenanti.blogspot.com/2011/05/mencari-kesalahan-mengaibkan-mendengki.html)

Apa yang aku nak highlight kat sini ialah berkenaan rahsia. Rahsia, biasanya berkait dengan sesuatu yang aib bagi sesorang, atau perkara yang dia taknak orang lain tahu. Seandainya seseorang itu datang kepada kita dan cakap nak bagitahu kita rahsia, kalau kita rasa berat, baik bagitau dia, rahsia adalah tanggungjawab dan amanah, kalau kita rasa tak sanggup untuk pikul, jangan dengar rahsia tu, jangan ambil tahu pasal rahsia tu. Tapi, sekiranya kita ini seorang yang amanah dan dipercayai, maka kita dengarkan, jadilah pendengar yang baik, dan simpan rahsia itu baik-baik.

Rahsia yang kita dapat, biarlah kita sendiri yang tahu dan dengan menjadi pendengar yang baik bermakna kita takkan menyampaikan pada orang lain. Secara tidak langsung, kepercayaan orang itu terhadap kita akan meningkat. Zaman sekarang, banyak sangat ruang dan peluang untuk orang menjatuhkan orang lain melalui rahsia yang disampai dari seorang ke seorang yang lain.
Image result for secrets
Sumber imej: Google
Islam juga melarang kita mengorek rahsia orang lain, erti kata lain, kalau orang tanak cerita, kita jangan paksa..kadang aku pernah gak paksa kawan-kawan rapat atau adik beradik citer rahsia diorang dengan niat kalau tau, dapatlah aku bantu. Tapi, sepatutnya, kalau orang tu taknak cerita, jangan paksa...dia mungkin lebih selesa cerita pada orang lain. Kalau dia cerita pada kita, bermakna dia percayakan kita. Hargai kepercayaan itu, simpan rahsia itu, maka insyaallah silaturrahim dengan dia juga terpelihara.
Image result for secrets
Sumber imej: Google

Maka, jadilah pendengar yang baik dan bukannya penyampai (rahsia orang) yang  baik..Rahsia, untuk disimpan bukan untuk dijaja.


No comments:

Post a Comment