Pages

Wednesday, 31 October 2018

Kalau kita Percaya pada Konsep Rezeki


Kalau kita percaya pada konsep rezeki mesti kita lebih berlapang dada
Terhindar dari iri hati
Keluarga dan saudara mara lebih sikit takkan iri
Kawan-kawan yang rezekinya lebih takkan didengki
Kalaulah kita percaya pada konsep rezeki itu Allah tentukan
Mesti kita lebih tenang dan suci hati
Mungkin doa kita belum dimakbul sekarang untuk rezeki yang kita nanti
Tapi, andainya rezeki itu milik kita
Pasti akan tiba jua
Rezeki takkan pernah salah alamat kan?

Image result for rezeki
Sumber: Google

Jadi, kenapa mesti sakit hati pada orang lain?
Apa kata kita sama-sama tumpang bahagia atas rezeki orang lain itu.
Mungkin rezekinya sebegitu, dalam bentuk harta
Atau mungkin rezekinya dalam bentuk anak yang ramai
Pangkat yang tinggi dan sebagainya.
Image result for bersyukur
Sumber: Google

Namun, mungkin rezeki kita ialah kurniaan kesihatan tanpa perlu berulang alik ke hospital
Atau mungkin rezeki kita ialah damainya hati dari kerungsingan fana di dunia ini.
Nah, jangan gusar, Allah telah tetapkan rezeki kita, bukakan mata hati dan terima seadanya.
Rezeki itu kerja Illahi. Syukur…




Monday, 29 October 2018

Punca Pembuluh darah pecah

Baru-baru ni aku dikejutkan dengan 3 berita orang sekeliling yang dimasukkan ke wad dan ada yang meninggal sebab pembuluh darah pecah di otak. Innalillahiwaiinnailaihirajiun..Al fatihah buat yang pergi. Terpanggil untuk buat entry pasal ni. Dah banyak sebenarnya kes pecah pembuluh darah ni. Biasanya kalau cepat dapatkan rawatan atau keadaan masih di peringkat awal, boleh diselamatkan.

Pembuluh darah berfungsi membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh badan. Dalam keadaan normal, pembuluh darah yang berfungsi dengan baik akan mengelakkan berlakunya gangguan kesihatan. 

Pembuluh darah ni boleh pecah di otak, di bawah kulit dan jugak di mata. Paling bahaya ialah sekiranya pecah pembuluh darah di kawasan otak. Ada beberapa punca utama pembuluh darah pecah. Bila pembuluh darah pecah di otak, kalau lambat dapat rawatan, boleh melumpuhkan fungsi otak.

Image result for pecah pembuluh darah di otak
Pembuluh darah pecah pada otak.
Antara tanda-tanda pembuluh darah pecah ialah sakit kepala yang teramat secara tiba-tiba. Pendarahan pada otak tersebut boleh menyebabkan kersoakan fungsi otak. 
Tiga Punca utama pembuluh darah pecah di otak:

1. Tekanan darah tinggi-jika memang tau ada, kawal tekanan dengan ambil ubat preskripsi doktor, ubah cara makan dan ubah cara hidup kepada yang lebih aktif dan sihat.

2. Kanser/tumor - ikuti saranan doktor yang merawat dan sekiranya ada tanda-tanda sakit yang abnormal, segera dapatkan bantuan perubatan.

3. Kelainan pada pembuluh darah - ini juga perlu dapatkan rawatan sekiranya doktor mengesahkan masalah ini wujud pada kita.

Image result for pecah pembuluh darah di kulit
Pembuluh darah pecah pada kulit.
Ketika pembuluh darah pecah pada kulit, sebahagian kecil darah akan keluar dari pembuluh darah ke tubuh. Darah pecah akan muncul di bawah permukaan kulit. Biasanya tanda-tanda seperti bintik-bintik kecil kemerahan, atau belang-belang akan muncul pada kulit. Penyebab pecahnya pembuluh darah di bawah kulit biasanya terjadi kerana luka atau cedera, memar, alergik, infeksi pada darah, atau kesan sampingan ubatan.
Image result for pecah pembuluh darah
Pembuluh darah pecah dalam mata.

Pembuluh darah biasanya pecah dalam mata kerana mata tidak dapat menyerap darah dengan cepat. Ini menyebabkan darah terperangkap dalam kawasan mata. Pecahnya pembuluh darah jarang disedari sehinggalah mata berubah menjadi sangat merah (waran amerah darah) dan mata terasa seperti berkaca. Pandangan mata juga boleh terganggu jika terkena pada anak mata.  Pembuluh darah dalam mata boleh juga terjadi berpunca dari batuk atau bersin yang sangat kuat. Biasanya, keadaan akan pulih dalam dua minggu.

Semua punca pecahnya pembuluh darah ini hanya dapat dipastikan melalui diagnosis oleh pengamal perubatan. Semoga kita semua dilindungi Allah sentiasa...aminnnn



Wednesday, 24 October 2018

Jom Melukis dengan Aunty Mell

Petang ni aunty mell boring sket, so marilah kita melukis Panda, Cupcake Unicorn dan jugak Ais Krim comel. Kalau anak-anak tak reti lukis, suruh mama papa lukis pastu anak-anak kaler kan yer.

Nah video ringkas melukis bersama Aunty Mell.




Tuesday, 23 October 2018

Penggunaan Emoji merosakkan komunikasi?

Kalau sekarang, korang biasa message orang guna apa? Whatsapp? Wechat? Telegram? Zaman sekarang, rata-rata sosial media ada sediakan emoji atau emoticons tu kan.  Perlu ke ada emoji?

Betul ke emoji merosakkan cara kita berkomunikasi atau menambah nilai sebenarnya?

Ok, pada aku, kalau kita gunakan emoji, komunikasi tu jadi lebih harmoni. Ada banyak ayat (bagi akulah) kalau kita tak gunakan emoji akan jadik keras dan kalau salah intonasi boleh jadik kasar. Contohnya:

Saya rasa tu tak kenalah.

berbanding

Saya rasa tu tak kenalah (pastu tambah emoji senyum berpeluh dan peace)

so macam sopan sikit kan? haha

Ayat lain , contoh macam screenshot kat bawah


Cuba bayangkan tanpa semua emoji tu...lemau kan ayat-ayat tu. Ayat

"Puan xde kat bilik ek" kalau takde emoji bawah tu macam dia stalk aku dan seolah-olah judging oooo puan takde kat bilik yer..sila baca dalam tona nak membawang. Haha.

Anyhow, bergantung pada yang membaca jugaklah kan. Orang yang dah kita biasa lain caranya, orang yang kita tak biasa kadang nak guna emoji pun bimbang, ye dak..takut salah.

Penggunaan emoji jugak memainkan peranan tau. Dalam keadaan nak cepat tapi perlu respon pun emoji sangat membantu. Setuju?

So bagi aku..emoji..daebak!!!




Friday, 19 October 2018

9 tanda kita dibuli di tempat kerja

Bagi yang bekerja mungkin ada sesetengah tempat kerja kita tu menimbulkan rasa tak seronok untuk kita bekerja. Harini nak share 9 tanda-tanda yang menjadi petunjuk bawah korang sedang dibuli di tempat kerja:

1. Dipaksa membuat kerja bukan kerja sebenar.
 -Sesekali mungkin dikira okay untuk kita buat kerja selain kerja yang sepatutnya kita buat, yang ada dalam senarai kerja kita. Tapi, kalau terlalu banyak lain-lain kerja yang kita kena buat sampai menggangu kerja sebenar kita, itu tanda kita ditindas. Learn to say NO boleh jadi salah satu usaha.

2. Difitnah atau menjadi bahan gosip.
-Membawang itu memang dah jadi lumrah tapi kalau kita dapat tau, kita ini dibawangkan tentang perkara yang bukan-bukan, maka carilah puncanya yang menyebabkan tersebarnya berita-berita palsu tu, kalau tak, angkat kaki dari komuniti itu.

3. Dimarah, dihina dan diherdik meskipun untuk kesilapan kecik atau sebenarnya takde salah pun.
- Memang ada jenis orang kerja dia suka marah orang tapi, kalau memang kita buat salah, adalah tak mengapa jugak kita dimarahi sebagai peringatan kepada kita untuk kita tambahbaik. Tapi, kalau rasa marah tu melampau sampai menjatuhkan maruah kita, sampai membuatkan kita sangat tidak okay, maka itu juga tanda kita ditindas.

4. Sentiasa dipandang sinis.
-Dipandang sinis ni kadang boleh jadi perasaan kita sahaja tapi jika berlarutan, berkemungkinan si pelaku memang tidak suka akan kita, dari jenis pandangan juga boleh jadi satu bentuk buli di mana kita semestinya rasa tak selesa kan dipandang sinis.

5. Dikritik untuk semua perkara
-Kritikan membina adalah ok tapi kalau semua benda kita buat dikritik akan boleh membuatkan kita rasa, tak berguna langsung ke aku ni...tak reti buat kerja sangat ke aku ni? So....itu menandakan si pengkritik itu yang ada masalah dan dia sedang membuli kita.

6. Diungkit kesilapan lampau yang tidak diulangi.
-Buat kesalahan dalam bekerja adalah normal, aku selalu percaya, there is always room for improvements kalau setakat kesalahan kecil dan biasa (ini subjektif yer). Tapi, sekiranya kita pernah buat salah, kita akui dan kita tidak ulangi, atau kita dah berusaha untuk perbaiki namun masih diungkit-ungkit kesalahan lampau, itu juga tanda penindasan.

7. Dituduh untuk sesuatu yang tidak dilakukan
-Tuduhan buat sesuatu yang korang tak buat, boleh jadik pertuduhan kecik sehinggalah pertuduhan yang mungkin melibatkan pihak berkuasa tidak mustahil untuk terjadi. Ini memang terang korang dibuli.

8. Tidak dihargai
-Tidak dihargai ini juga mungkin agak subjektif tapi aku ada pengalaman tersendiri bab ni. Perkara ni ialah bila mana ko dah all out buat kerja tapi at the end of the day, ko dikatakan tak buat kerja. Moral down wei untuk berhadaoan dengan benda ni kalau terlalu kerap terjadi. Apa aku buat, yes..angkat kaki...

9. Diperli 
-Perli ni adalah something yang kadang kita tak perasan, tapi kalau kita dapat detect perlian tu dan dibuat secara berulang-ulang, itu akan memakan jiwa kita. Yup..tanda penindasan.

Akibatnya? Kita boleh mengalami stress tak munasabah dan kemurungan, kalau dibiarkan, kehidupan dan kesejahteraan kita boleh terjejas. Apa yang boleh kita buat? Kalau korang jenis outspoken, boleh tegur pembuli tu, atau boleh adukan masalah pada yang berkenaan macam majikan atau HR. Selain daripada tu, saranan aku, bertukarlah tempat kerja lain kalau rasa tak boleh atasi rasa tidak seronok bekerja kat situ. Jom, selamatkan diri kita.

Wednesday, 17 October 2018

Ujian Saringan DASS Malaysia

Dalam zaman serba mencabar ni, takde orang yang tak stress, bebudak kecik pun boleh stress tau jangan memain. Stress ni adalah salah satu isu dalam Kesihatan Mental. Kalau dulu, bila sebut isu berkaitan kesihatan mental ni orang akan kaitan dengan GILA. No! salah tu..tak semestinya ada masalah mental bermaksud kita gila.

Macamana nak tau kita ada masalah dengan kesihatan mental. Ok, firstly, kita boleh buat ujian DASS (Depression Anxiety Stress Scale) secara online. Ada dua jenis set soalan DASS ni, ada yang 21 soalan dan 42 soalan.

 Sekarang kat Malaysia ada banyak gak page yang buat test ni. Ok boleh try salah satu link kat bawah ni:




Image result for dass test malaysia
Ni contoh soalan yang perlu dijawab.


Ujian DASS ni sesiapa pun boleh buat dan jawapan adalah tertakluk kepada apa yang kita rasa atau lalui dalam tempoh seminggu yang terkini. Nanti jawapan saringan tu akan dihantar kepada kita dalam bentuk emel. Kalau ada yang terus paparkan jawapan tu aku tak pasti plak. Jawapan tu ialah hasil saringan awal semata-mata tau. Kategori bermula dari Normal, Sederhana, Teruk dan Sangat Teruk.

Kena jumpa Doktor di mana-mana Klinik Kesihatan untuk didiagnos dahulu. Ke hospital pun boleh juga tapi biasanya Hospital ni untuk kes-kes kecemasan dan jugak yang dirujuk. 

Guys, jangan ambik mudah kalau rasa sesuatu yang tak kena dengan kita, terlalu penat juga menyumbang kepada masalah kesihatan mental. Just do DASS dan seek help kalau perlu.

Friday, 5 October 2018

Jadilah pendengar yang baik, bukannya....

Salam Jumaat.

Sedikit perkongsian berkenaan menjadi pendengar yang baik...Aku ada terbaca artikel online ni, berkenaan aib orang dan sebagainya, ada satu perenggan ni yang menarik perhatian aku dan mengingatkan aku kepentingan kita menyimpan rahsia.

Mencari-cari keaiban orang. Islam mengharamkan perbuatan mencari-cari kecacatan, keaiban orang lain dan mendedahkan keaiban yang disembunyikan dan membongkarkan rahsia mereka.
Abu Hurairah berkata: Rasulullah berkata kepada kami dengan mengatakan:

"Wahai sidang orang yang beriman dengan lidahnya, pada hal iman belum lagi masuk ke dalam hatinya, janganlah kamu mencari-cari keaiban orang Islam. Sesungguhnya siapa yang berbuat demikian, maka Allah akan membukakan keaiban dalam rumahnya."


(Hadis Riwayat Abu Daud dan lain-lain)

Dalam kes lain, diceritakan bahawa Abu Qilabah berkata: "Saidina Umar bin Al-Khattab diberitahu bahawa Abu Mihjan al-Taqafi sedang minum arak bersama beberapa orang kawan di rumahnya."
Lalu Umar bergegas ke sana dan terus masuk ke dalam rumahnya. Tiba-tiba didapati di situ hanya seorang saja bersamanya. Kemudian Abu Mihjan berkata:
"Sebenarnya ini tidak halal bagimu. Sesungguhnya Allah melarang engkau mengorek rahsia." Lantas Umar pun keluar.
(Sumber: http://mukimsrimenanti.blogspot.com/2011/05/mencari-kesalahan-mengaibkan-mendengki.html)

Apa yang aku nak highlight kat sini ialah berkenaan rahsia. Rahsia, biasanya berkait dengan sesuatu yang aib bagi sesorang, atau perkara yang dia taknak orang lain tahu. Seandainya seseorang itu datang kepada kita dan cakap nak bagitahu kita rahsia, kalau kita rasa berat, baik bagitau dia, rahsia adalah tanggungjawab dan amanah, kalau kita rasa tak sanggup untuk pikul, jangan dengar rahsia tu, jangan ambil tahu pasal rahsia tu. Tapi, sekiranya kita ini seorang yang amanah dan dipercayai, maka kita dengarkan, jadilah pendengar yang baik, dan simpan rahsia itu baik-baik.

Rahsia yang kita dapat, biarlah kita sendiri yang tahu dan dengan menjadi pendengar yang baik bermakna kita takkan menyampaikan pada orang lain. Secara tidak langsung, kepercayaan orang itu terhadap kita akan meningkat. Zaman sekarang, banyak sangat ruang dan peluang untuk orang menjatuhkan orang lain melalui rahsia yang disampai dari seorang ke seorang yang lain.
Image result for secrets
Sumber imej: Google
Islam juga melarang kita mengorek rahsia orang lain, erti kata lain, kalau orang tanak cerita, kita jangan paksa..kadang aku pernah gak paksa kawan-kawan rapat atau adik beradik citer rahsia diorang dengan niat kalau tau, dapatlah aku bantu. Tapi, sepatutnya, kalau orang tu taknak cerita, jangan paksa...dia mungkin lebih selesa cerita pada orang lain. Kalau dia cerita pada kita, bermakna dia percayakan kita. Hargai kepercayaan itu, simpan rahsia itu, maka insyaallah silaturrahim dengan dia juga terpelihara.
Image result for secrets
Sumber imej: Google

Maka, jadilah pendengar yang baik dan bukannya penyampai (rahsia orang) yang  baik..Rahsia, untuk disimpan bukan untuk dijaja.


Thursday, 4 October 2018

Apa yang kita cari dalam hidup?

Tengahari semalam dapat call dari kawan sekolah, berdebar jugak bila kawan-kawan sekolah call, yelah, risau kalau-kalau ada berita kematian atau emergency yang melibatkan kawan yang kita kenali.

Rupa-rupanya member tu ajak makan. Kebetulan dia baru habis meeting di MOF, dia call aku dan sorang lagi kawan kitaorang. So, let's makan...lama jugak tak berjumpa kengkawan sekolah ni. Oh yer..sorang tu kawan dari sekolah rendah dan sorang lagi since sekolah menengah.

Aku namakan kawan aku yang call ni Anuar Zain lah (bukan nama sebenar) dan Siti Nurhaliza (juga bukan nama sebenar). Geng gila-gila masa sekolah. Kelas kami sebelah-sebelah, time Pendidikan Islam kami combine kelas sebab kami sekolah aliran biasa, ada campur non muslim dan ada Pendidikan Moral.

Selain mengimbas kenangan-kenangan lalu. Ada beberapa perkara yang kami bualkan yang buatkan aku teringat-ingat.

Sementara menunggu Siti sampai, Anuar sembang dengan aku, dan dia kata..

"Akukan...kerja...pastu aku sambung belajar..tapi..bila tengok balik, anak-anak aku..kesian"

Dan dia menceritakan kisah dia yang sangat busy bekerja, wife nya pun sama..Anak dia 4 orang,  dalam masa yang sama dia sambung belajar. Kerap balik lewat sehinggalah satu hari tu, dia terpaksa balik pukul 9 malam. Cikgu sekolah anak-anak dia (masa tu dua orang sekolah sama) bagitau dorang bawak anak-anak tu makan kat kedai mamak. Jadi, dia pun ke sana...Dari jauh dia nampak cikgu duduk meja sebelah anak-anak dia yang masih berbaju sekolah, waktu tu dah pukul 9 lebih, cikgu-cikgu sedang riuh sembang dan anak-anak dia makan roti kosong, muka tercengang-cengang berdua beradik. Tiba-tiba sayu rasa hati dia, dia balik..bincang dengan isteri...rancang semula perjalanan hidup dorang sekeluarga. Keputusan besar yang dia buat, suruh isteri berhenti kerja, uruskan anak-anak dan rumah. Dia bekerja dan dalam masa yang sama dia habiskan study. Alhamdulillah...sikit-sikit rezeki dia naik, dia susun atur kewangan dan sebagainya. Sekarang, dia dah kerja yang tinggi levelnya di sebuah syarikat besar. Sekarang dah 3 tahun sejak isteri dia resign.

 Kita kerja teruk-teruk, sambung belajar lagi untuk capai apa yang kita nak..tapi kita terlupa apa keperluan anak-anak kita. Sayu beb aku dengar.....

Cerita selingan lain, dia cerita kawan baik isterinya, dulu suami isteri kerja bagus, memang gaji besar dan sebagainya, diduga Allah, si isteri sakit buah pinggang...Selepas beberapa lama sakit, dorang ambik keputusan balik kampung di daerah Jelebu dan bersawah. Kehidupan dorang twisted 360 darjah, dari hidup di KL dengan kehidupan yang selesa terpaksa berpindah ke rumah sewa kampung yang daif...Tapi, kawan si isterinya tu sangat tabah dan positif. Setiap hari dia update gambar apa yang dia masak di rumah. Anuar tunjuk contoh masakan, ikan goreng, ulam-ulaman dengan tempoyak...Ya rabbi, tersentap naluri aku wei..adakah aku kalau diuji sebegitu akan jadik sekuat wanita tu?

Anuar pesan jugak, dalam hidup kita, dah umur-umur macam ni, ikatan silaturrahim yang akan bagi "live" pada kita, untuk kita merasa hidup. Betul...aku sangat bersetuju dengan dia. Tak sangka kami dah nak masuk 40s...

Moralnya, kehidupan kita sekarang tak semestinya selamanya macam ni, mungkin ada masa dan ketika perubahan besar akan berlaku, sama ada kepada yang lebih baik atau yang sebaliknya...Balik dari jumpa dorang aku terfikir-fikir..apa yang kita cari dalam hidup?

Image result for path in life
Biarpun dulu masa sekolah kami agak nakal, tapi alhamdulillah..we are what we are now..kami bukan dari sekolah yang ada nama, kami cuma sekolah biasa, yang letaknya di atas bukit di sebuah kawasan perumahan yang kalaupun aku sebut mungkin orang tak tau, tapi..kami menjadi..alhamdulillah..syukur sekali lagi. Bila dengar kisah-kisah kawan lain ada yang terlibat dengan dadah, meninggal sebab lumba haram dan sebagainya, gerun aku memikirkannya. Kes-kes yang macam-macam masa tu di sekolah. Minggu pertama sekolah Form 1, ada kes budak form 4 merogol..ya rabbi...takutnya...budak-budak nakal, merokok, ponteng, bergaduh antara kaum..bertumbuk depan pagar sekolah..terlibat dengan samseng. Bila dikenang-kenangkan buat aku terpikir, macamana aku boleh survive sekolah tu masa tu? 

Apapun, kesimpulannya, meskipun kita sekolah biasa, kita bukan tak boleh jadik yang luar biasa..kan? Lagi satu, carilah redha mak ayah dari kecik sampai bila-bila selagi kita hidup...kuncinya letak dalam doa mak ayah...Dan kita, kalau dah ada anak-anak, doa yang baik-baik untuk dorang. Semoga semua terpelihara...aminnn. Alfatihah buat kawan-kawan kami yang dah dipanggil mengadap Illahi.

Wednesday, 3 October 2018

Kadangkala Pengajaran Dalam Hidup itu "Mahal"

Dah tiga minggu aku tak berapa sihat, bukanlah tak sihat apa, selesema dan batuk. Tapi, dua minggu lepas, masa aku naik Cameron telinga aku rasa tersumbat ja..bila dah balik pun masih ada rasa blocked tu. Last week pulak, tulang pipi aku start sakit dan hidung bila blow pagi-pagi selalu ada blood. Risau jugak, especially bila tetiba dapat news Dato Lee Chong Wei kita kena kanser hidung kan (nauzubillah).

So aku start dig further info, info yang aku jumpa menunjukkan most probably aku kena resdung. Semua orang ada resdung cuma teruk atau tak kan..atau bahasa pasar lainnya Sinus Attack. Tapi dalam masa yang sama aku google gak info pasal kanser hidung. Surprisingly ya info pasal kanser hidung. Kanser ni kerap kena pada golongan berisiko berikut (ceduk daripada beberapa sumber).

Menurut Dr Mohd. Shaiful Nizam (seorang Doktor Perubatan ENT), kanser hidung itu kerap dihadapi oleh kaum Cina disebabkan oleh keturunan dan jangkitan Virus Esptein Barr. Katanya lagi, gaya hidup seperti merokok dan pemakanan yang diawet seperti sayur-sayuran dan ikan kering turut menjadi penyumbang kanser tersebut. (Sumber Rujukan:https://www.vitdaily.com/suka-makan-ikan-kering-risiko-derita-kanser-hidung)


Penyakit ini sering dihidapi oleh lelaki Cina dengan nisbah 14:100,000 manakala perempuan 3.8. Risiko lelaki mendapat kanser hidung dua kaki ganda lebih tinggi berbanding wanita.

Punca 1. Faktor genetik; 2. Pemakanan : makanan yang diawet dengan garam yang tinggi seperti ikan masin, sayuran jeruk atau jangkitan kuman EBV. EBV boleh merebak melalui ciuman, air liur, jangkitan sakit tekak dan kebersihan. (Sumber Rujukan: https://www.wanista.com/2013/20862/kenali-faktor-dan-cara-pencegahan-kanser-hidung/)                                                                                                                                                                                                                                                                                          Selain Kaum Cina di Malaysia, didapati kaum Bidayuh juga mempunyai risiko tinggi.                                                                                                                                                                  Aku mula mencarik info pasal Klinik Pakar ENT yang berdekatan, google punya google, jumpa satu Klinik ni, Klinik Esa. Dikhabarkan (berdasarkan review) klinik ni sangat bagus. Terletak di Sg Chua Kajang. So, dua hari lepas aku ke sana. Klinik beroperasi dari jam 10am sehingga 4.30 petang. Dalam jam 11 lebih pagi aku sampai, pusing dua tiga kali cari parking. last-last tawakal jer, park belakang kedai. Jalan ke klinik, sampai sana, ada notis Pendaftaran Klinik ENT tutup. Alamak...tanya kat staff katanya memang daftar boleh sampai 11 am sahaja dan kena walk in. Klinik sampai kul 1 tengahari jer. Hmm, aku memikir esok kenalah datang. Mesti bagus klinik ni agaknya....

Semalam aku keluar opis lebih awal lepas isi borang keluar pejabat dan maklumkan pada boss. Sampai sana masih belum kul 10am, maksudnya m]klinik masih belum bukak..pusing keliling carik parking, macam lebih teruk dari semalam. Pusing lagi...dan parking tempat semalam, terdetik gak dalam hati, kalau kena saman, pasrah jerlah...sebab memang takde parking. Sampai depan klinik, pintu baru dibukak separuh, ada notis tertampal kat pintu kaca belah dalam "KLINIK ENT TUTUP". Adusssss...betul ka ni??? Aku tanya kat staff (dengan harapan itu notis petang semalam), tutup ke? Dan dia jawap tutup, aduhai.






Kepala berpikir, alang-alang ni aku kena gak carik Klinik ENT lain. Selagi tatau condition aku, rasa mcm ada unfinished business. So aku google, macam nearby takde. Then aku terpikir Hospital Pakar di Bandar Baru Bangi. Hospital tu memang ok, tapi aku bajet mahallah nanti fees nya. Tapi, takpelah...pegi jerlah. Dan aku tak pasti sama ada dorang terima patient walk in atau tak, biasanya hospital kan kena appmt atau referal.

Sampai sana, banyak parking kosong, alhamdulillah. Park dan terus ke Jabatan Kecemasan. Tanya kat situ boleh walk in atau tak untuk kes ENT, petugas suh ke blok sebelah dan tanya kat sana. Bila dah ke sana, bertanya kat kaunter, sekali lagi, dipermudahkan urusan, katanya boleh walk in sebab patient tak ramai. Nombor giliran aku dapat 0006, nombor sekarang 0002. Oohh...memang tak ramai. Harap tak lamalah....

Naik tingkat 1 untuk tunggu di ruang menunggu klinik pakar. Lama rupanya kena tunggu. Masa baru sampai dengar petugas kaunter kata Doktor kat wad..ok, takpelah..memang macam tulah biasanya. It's normal, dulu pun penah keje hospital, taulah gak normal rutin doktor sikit kan..Sambil menunggu dalam debar, honestly, kalau pelik sikit sakit yang aku ada, aku memang akan takut...mula overthinking itu ini, walaupun berkali cakap kat diri sendiri takde apa kot, but still...rasa cemas tu ada...bukan apa, nak-nak sekarang orang sihat-sihat ada pun atau sakit biasa-biasa pun tetiba boleh didiagnos ada sakit kritikal kan...huhu. Seeee...overthinking again...Pardon me ya..
Ikutkan hati aku sedih setiap kali aku kena gi klinik sorang-sorang, selalu berharap husband boleh temankan, tapi...yelah..nak buat macamana..dia kerja..(pandai-pandailah pegi sendiri..)sekurang-kurangnya kalau dia temankan, kalaupun ada apa-apa, ada tangan yang aku boleh genggam kan..eceh..gituuuu...

Tunggu punya tunggu tadi, dekat kul 12 tengahari baru boleh masuk...sejam lebih gaklah menunggu. Jumpa Doktor, explain condition, doktor pun masukkan kamera panjang dalam hidung, tapi masukkan hujung kamera jer di bukaan hidung..bukan cucuk pun..hehe. Pastu tekak, ada merah sikit..dan last...telinga, both telinga ada mucus, so thats why telinga rasa tersumbat dan masa g Cameron Highland tu rasa sumbat lain macam...Doktor pesan kalau lagi dua tiga minggu tak ok, boleh lah datang balik. Kalau ikutkan semua ok...Alhamdulillah. Doktor prescribe antibiotik untuk aku. Doktor tanya nak MC tak? Aku habaq aku tak demam so aku taknak MC. Haha...aku memang tak pernah mintak MC, melainkan aku rasa aku takleh drive atau teruk sangat dah. 

Lepas jumpa Doktor, turun bawah, bayar, mak aih...huhu...gigil gak tengok jumlah RM399.60, bayarlah. Aku bajet dalam RM250 tadi...pastu pujuk hati, takpelah, yang penting dah jumpa pakar and there is no serious illness InsyaAllah. Gi ambik ubat kat farmasi. 
Dan terus shoot ke kereta, dari kejauhan nampak macam pak guard ronda kat kete-kete yang parking..baju putih...ah sudahhhh..Penguatkuasa Majlis Perbandaran ke? Laju-laju jalan ke kereta..alaaa...huhuhu..sudah dapat surat cinta lorrrr. Terus ambik saman tu, baca dalam kereta kalau bayar dalam tempoh 72 jam, saman bernilai RM10, kalau dibayar dalam tempoh kurang 14 hari, jadik RM30, lebih 14 hari tapi kurang 28 hari naik jadik RM50 dan kalau lebih 28 hari kena RM80 u ols...adoii...

Maka cepatlah nak bayar dalam tempoh 3 hari (72 jam tu), kat notis tu tulis Flexi Parking (terus terbayang kaunter drive thru macam yang kat Shah Alam). Pastu nampak ada lagi sorang penguatkuasa (bukan dia letak notis saman kat kete aku), dan aku terpikir nak g tanya. So aku matikan enjin kete dan turun bawak notis saman tu. Menuju ke penguatkuasa di seberang jalan itu. Aku sapa dia..maka terjadiklah conversation seperti di bawah:
Aku: Assalamualaikum tuan.
Penguatkuasa: Waalaikumussalam. Yer kak
Aku: Flexi Parking ni kat mana yer?
Penguatkuasa: Flexi tu apps kak..boleh download guna phone.
Aku: Ooo, kat Google Play yer?
Penguatkuasa: Haah, pastu akak bayar guna bank online Cimb Click. Dan dia explain sikit cara nak guna.
Aku: Ok-ok..terima kasih yer.
Penguatkuasa: Sorry yer kak (refer pada aku kena saman)
Aku: Okayyyyy (sambil senyum..memang salah hakak dik...haha)

Tak perasan rupanya ada perkataan Aplikasi Flexi Parking..hihi. Balik opis, terus download Flexi Parking, bayar RM10 dan makan ubat yang harganya RM139 tu. Haha.

Pengajarannya, stay healthy, dan kalau tak sihat, mestilah ada sacrifice duit kan, dan....lebih hati-hati parking di Bangi, beli kupon parking sesiap banyak-banyak...

Monday, 1 October 2018

Legoland lagi???

Siaran tertunda..cuti Keputeraan Agong baru-baru ni g JB lagi sekali.. Last pegi hujung tahun lepas. Dua hari masa tu ronda Legoland. And yes.. Sementara Premium Membership belum expired wajiblah pegi lagi kan. Kalau berminat nak tahu pasal pengalaman pertama kali ke Legoland, boleh baca sini. Masa tu, kejadian tidak diingini telah berlaku, entah camna aku punya salah, terdelete semua gambar..adoiii....yang ada cuma yang aku sempat upload ke IG. So kali ni, layan gambar jerlah yer...


Untuk kali ni, kami cover permainan sebanyak yang mungkin, masa sampai Sabtu tu baru lepas hujan, cuaca tak berapa panas so best lah. Masa ni pun Namee, si kecik dah tinggi sikit so lebih banyak mainan dia boleh naik. Kalau sebelum ni beberapa mainan jer boleh dia naik. Sekarang, makin happy dia. Mostly permainan yang boleh naik adalah untuk kids 90cm ke atas. Esoknya, kami pegi lagi..panasnya , tapi best jugak sebab awal sampai, belum kul 10am..orang belum ramai sangat so kami siap dapat jadik orang pertama naik rides...hehe..best..baru puas hati.

Lego race, VR ride ni dapat jugak asben, pichah dengan kimi naik setelah dua jam kot beratur. Stress aku ngan Namee menunggu..haha...rides yang dekat-dekat situ plak Namee tak lepas ketinggian nak naik, dan boleh pulak time tu asben tertinggal phone dalam kete, sabor jerlah..so nak tak nak kenalah tunggu dalam panas tu..duk sekejap tempat bawah bumbung..Namee boring..jalan..beli aiskrim..duduk lagi.


Miniature Land









Kalau kali pertama dulu kami stay di sebuah homestay di JB, kali ni kami stay di hotel NUSA CT, bagi aku, hotel ni hotel bajet yang sangat oklah, dengan harganya, bilik cukup untuk semua orang, dapat satu katil queen dan dua single beds. Dan ada bath tub...cuma surroundings location tu seram sket waktu malam...hehe


Sebelum balik, singgah JPO jap cuci mata.