Pages

Monday, 21 May 2018

Nur Kasih Ramadhan: Masa Untuk Memberi


Dah tengok tak video kat atas ni? Kalau tak tengok, tengok dulu yer sebab apa yang aku nak share selanjutnya boleh korang relate kan.

Anak dalam video tu takde pilihan... Not even pilihan untuk makan atau tidak tapi memang takde makanan untuk dimakan. 

Kalau aku, anak lambat berbuka pun dah sedih,  apatah lagi nak membayangkan dia tak makan langsung. 

Ya Allah...dalam berpuasa, setiap hari aku sibuk fikir nak makan apa untuk berbuka, fikir nak sahur apa, nak makan kat mana.. Kat rumah atau di luar.. Kat kedai atau kat hotel?

Kalau mengikut statistik,  pembaziran makanan rakyat Malaysia pada bulan puasa mencecah 270 000 tan dalam bulan puasa. Khabarnya antara 50%-80% adalah lebihan makanan yang tak berusik pun. Rasa bersalah sebab pastinya aku jugak termasuk dalam kalangan yang membazir. Kadang masak, ada lebihan... Kadang beli, pun ada lebihan... Lebihan tu dibuang.. Itulah pembaziran. Berdosanya aku...

Bagi aku, masa inilah masa yang sesuai untuk kita memberi balik kepada yang memerlukan. Caranya?


*Bayar Zakat Fitrah (www.zakatselangor.com.my)


Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas semua orang yang berkemampuan dan dengan syarat-syarat tertentu. Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:


a) Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

b) Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. 
c) Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
d) Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5 iaitu:

-Waktu Wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari 1 Syawal. 
-Waktu Afdal: Sebelum sembahyang Hari Raya. 
-Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan. 
-Waktu Makruh: Selepas sembahyang raya sehingga terbenam matahari 1 Syawal. 
Waktu Haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal. 

Kadar Zakat Fitrah diambil berdasarkan kadar beras, untuk Selangor, telah ditetapkan kadar RM7 seorang. Kenapa ikut kadar beras? Boleh rujuk infografik kat bawah ni (klik gambar untuk paparan lebih jelas): 


Kutipan zakat yang dibuat ni akan diagihkan pada yang layak. Jom Kongsi Rezeki!

*Menderma kepada Tabung Kebajikan:


Aman Palestin (www.amanpalestin.net)


Antara tabung kebajikan yang terkemuka ialah Aman Palestin yang sudah beroperasi sejak tahun 2004. Aman Palestin merupakan inisiatif bagi membantu dan manyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin bukan sahaja sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang disumbangkan sampai ke Palestin tapi juga memastikan semua sumbangan dimanfaatkan sebaik mungkin. Dana Sumbangan dan Derma kepada Aman Palestin boleh disalurkan melalui bank-bank kat bawah ni:


Bank Islam: 12029010047880

Maybank: 562263010787
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2

Tabung Wanita & Kanak-kanak Palestin:

Bank Islam: 12029010059895
Bank CIMB: 8600460353
Affin Bank: 105240006138
Al-Rajhi Bank: 103001881110858



Tabung lain yang boleh kita bagi sumbangan ialah kepada Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM)


CSM merupakan persatuan yang menyediakan kemudahan pembelajaran buat anak-anak pelarian Syria. Bagi tahun 2018 ni, CSM mempunyai sasaran sebanyak RM500,000 untuk misi Ramadhan For Syria. Setiap 1 tajaan bernilai RM100 (5,000 tajaan). Sumbangan boleh dibuat ke akaun rasmi Persatuan Cinta Syria Malaysia Maybank: 56283464098 dan perlu emelkan butiran sumbangan ke acc.tsdbj@gmail.com atau sumbangan dibuat secara atas talian ke www.billplz.com/Ramadhan4Syria. Tarikh akhir sumbangan adalah pada 25 Mei 2018. Cepat tau, tak lama dah ni...







*Sertai Sumbangan Projek Qaseh Ramadhan-Syawal 2018 (www.facebook.com/ProjectQaseh).


Satu lagi inisiatif persendirian oleh sekumpulan individu yang gigih mencari, mengumpul dan menghantar sumbangan kepada rumah Safiyyah, Pusat Perlindungan Anak-anak Yatim dan Asnaf Alam Jaya, Puncak Alam, Selangor. Untuk sumbangan boleh hubungi (telefon/whatsapp) sahabat-sahabat aku di bawah:


Asnida: 0122748774

Nadiah: 0192719389


    Tarikh pengumpulan barang ialah pada 1 sehingga 9 Jun 2018. Manakala tarikh penghantaran dijadualkan pada 10 Jun 2018. Infografik di bawah ialah senarai barang yang boleh disumbangkan.


   Sumbanglah atas kemampuan kita, ada sikit kita bagi sikit, ada banyak Alhamdulillah boleh bagi lebih. Semoga semua usaha kita diberkati dan diberkati Allah SWT. Jika ditanya mengapa nak kena bagi sekarang, tidak di bulan-bulan lain? Jawapannya, dalam bulan mulia, Ramadhan ini adalah antara waktu terbaik untuk kita memulakan atau meneruskan sesuatu yang baik. Di luar bulan Ramadhan moga kita juga terus istiqamah untuk memberi.  Moga Nur Kasih Ramadhan tersebar buat semua.

2 comments:

  1. kan kak.. anak lmbt mkn atau mkn sket pn dah risau. apatah lg x makan. Allahu. Permudahkanlah mereka

    ReplyDelete
  2. Betul she.. Aminnn.. Semoga Allah permudahkan

    ReplyDelete