Pages

Friday, 19 January 2018

Diari rasa Mama

Anak masuk asrama? Sebelum anak mencecah fasa Alam Sekolah Menengah memang selalu cakap dengan anak-anak, mama seboleh-bolehnya tak nak anak-anak masuk asrama. Entahlah, mungkin aku ni sejenis mak yang nak kepit anak bawah ketiak 24 jam. Tapi tahun ni, terpaksa melepaskan anak yang sulung, Kakak untuk masuk asrama. 

Nak sekat, dia dapat tawaran sekolah yang baik. Yang penting, itulah sekolah terbaik dan terdekat yang ada dan dia dapat. Sekolah tu terletak di Shah Alam. Ikutkan mileage sama jer macam aku hari-hari travel ke tempat kerja di Putrajaya tapi, area rumah setiap pagi memang jem, kakak kena sampai sekolah sebelum jam 7.10 am. Adusss..memang surrender mama..dan lagi satu waktu balik jam 2.30 petang, kalau nak ambik kena tunggu petang lepas office hour, dari opis, mengambil masa lebih lama, belum campur jem sana sini time orang balik kerja. Selain tu, nak kejar jugak amik lagi dua orang adiknya. Babah dorang most of the time site office kat KL, memang tak sempatlah nak ambik.

Maka atas sebab itu, terpaksa rela melepaskan dia ke asrama. Kakak memang independant cuma susah nak bangun sendiri jer sebab selama ni memang mama babah yang kejutkan pagi, tapi takpelah, insyaallah akan biasa nanti.
Hari pertama masuk sekolah dan asrama, berat sangat hati nak lepaskan. Memang kakak nangis. Aku puas menahan diri dari nangis, kalau aku nangis nanti lagi kesian dia. Tapi, bila balik rumah, tengok bilik dia yang kosong, hati pun terasa sedikit kosong walaupun dalam keriuhan dua anak lelaki yang ada kat rumah.

Aku masa sekolah menengah memang tak masuk sekolah asrama, sekolah harian jer. Masa masuk universiti pun hari-hari kot menangis...huhu...atas faktor tu jugak berat nak bagi anak masuk asrama.

Sekarang dah masuk minggu ke3 persekolahan, kakak masih dalam fasa peralihan. Masih menangis, masih juga berat, dan masih minta nak keluar asrama. Sekolah dia bukan Sekolah Berasrama Penuh so memang ada budak berulang. Dia ok jer nak sekolah tu cuma tak nak asrama. Yer kak, mama pun rasa macam tu. 

Beberapa hari pertama duduk asrama, di suatu petang kakak call, menangis, suh mama datang. Dengan pantas mama pegi, angkut adik-adik. Rasa kalau boleh nak terbang pegi tengok kakak. Setiap kali kakak call, menahan nangis jugak, dengar kakak nak cakap apa, tenangkan kakak, apa-apa kakak mintak, aku cuba hantar cepat.

Rutin mingguan (weekend) pun dah berbeza. Kalau minggu kakak tak boleh balik, mesti pegi melawat dia, kalau boleh outing, bawak kakak keluar. Adik-adik pun rindu kakak...Terutamanya si kecik, kakak yang selalu tolong jaga dia. Bila dia tau kakak nak masuk asrama, beberapa minggu sebelum sekolah start dia asyik tanya kenapa kakak kena masuk asrama? Bila kakak dah masuk asrama, dia ajak mama duduk asrama sekali dengan kakak...huhu

Alam asrama memang tak sama dengan duduk di rumah sendiri. Kakak kata dia penat, tido malam pukul 11.30pm, pagi-pagi paling lewat pun pukul 5 pagi dah kena bangun, selalunya 4 lebih dia dah bangun, bersiap..sebab takut lambat. Kalau dikira-kira, empat jam jer dia tido, untuk anak-anak umur dia, memang tak cukup tido. Risau nanti jejaskan pelajaran dia...dan jugak emosi.

Anak aku masuk asrama, memang rabak emosi aku. Setiap kali teringat dia, air mata bergenang. Setiap kali pegi mana-mana, jumpa makanan dia suka, nak terbeli tapi teringat, eh..kakak takde kat rumah. Setiap kali pegi mana-mana, jumpa barang dia suka, memang teringat dengan genangan air mata. Mama terlebih emo? Yes, aku mengaku, when it comes to the kids, tak boleh tahan...Sobs.

Berbincang dengan husband, maybe kena pindah dari rumah sekarang, cari rumah yang sedikit dekat terutamanya yang boleh avoid jem yang sejengkal dari rumah tu setiap hari. Mungkin dengan cara tu, boleh berulang kakak dari sekolah. Apapun, harap buat masa ni kakak bertahan. Alhamdulillah dua minggu berturut ni kakak boleh balik rumah.

Semoga Allah permudahkan dan berikan  jalan yang terbaik untuk kakak. Semoga ada penyelesaian dan mama atau babah boleh hantar dan ambik kakak setiap hari. Aminnn...Esok kakak boleh balik, mama dengan pantas akan ke sana tengahari waktu lunch. Jumpa esok sayang. Rindu tak penah padam, sentiasa looking forward jumpa kakak.


No comments:

Post a Comment