Pages

Wednesday, 8 November 2017

Perjalanan menaiki ETS ke Utara

Kali ni aku nak kongsikan pengalaman naik ETS. Memandangkan baru kali pertama naik, jadi adalah buat kajian sikit apa yang ada dalam ETS, peraturan, bila nak tunggu nak naik tren dan sebagainya. Ada beberapa blog yang sangat useful dengan maklumat.

Tren ke Sungai Petani aku jam 10.42 am. Menurut orang, ETS kena on the dot untuk naik tren, jangan lambat, nanti kena tinggal. Naik tren ni tak macam bas yang tunggu orang.

Awal sampai di KL Sentral, breakfast kat sana dan lepak-lepak sekejap.




Pukul 10.20 start beratur kat depan pintu masuk gate KTM (sebelah McDonalds) aras 1 yang katanya gate tu sementara untuk ETS. Turun satu tingkat ke bawah dan terus masuk tren, ikut koc dan seat yang ada kat tiket. Kali ni aku dapat koc E.

Sekali tengok keadaan dalam tren bersih dan selesa. Tempat letak kaki pun selesa. 

Kemudahan dalam tren

Ada beberapa kemudahan yang disediakan dalam tren. Antaranya yang paling penting ialah tandas, surau dan makanan. 

Tandas nya simple tapi moden. Kat luar toilet ada lampu yang menunjukkan sama ada toilet tu ada orang atau kosong. Kalau lampu merah menyala, maknanya ada orang, kalau hijau, maksudnya boleh masuk sebab kosong. Toilet dalam tren ni takde asing ikut jantina, tapi gunasama. 



Saiz toilet ni kecik jer, tapi ada satu lagi toilet dengan pintu jenis sliding yang nampak macam besar, yang tu aku tak try masuk. 

Surau ada di Koc C, cafe pun di Koc C. Pilihan menu yang boleh dibeli antaranya ialah Nasi Lemak Pak Roslan, nasi beriani, mee hoon goreng, popia dan dim sum. Pilihan air yang ada, antaranya, 3 in 1 punya teh, kopi dan mineral.

Aku try beli set nasik lemak + kopi ni. 



Tapo bila sebut cafe jangan plak bayangkan cafe yang sebesar koc tu tau, kecik aja, dalam Koc C, ada seat penumpang macam biasa tapi satu ruang tu dibuat table top dan kaunter untuk makanan dan minuman dibeli. Penumpang ada pilihan nak makan kat situ atau makan kat seat. Tapi meja kat situ ada dua jer, dengan empat kerusi. Aku pilih makan kat tempat duduk jer. 

Set yang aku makan tu RM9. Saja nak try, boleh jer bawak makanan luar tapi aku memang nak cuba rasa yang jual kat dalam. Pilihan kopi 3in1 yang ada cuma nescafe dan indocafe. 


Makanan kat sini mula dijual setengah jam selepas perjalanan tren.  Makanan dalam ni semua certified halal, jadi jangan risau yer. Kalau nak tau, ETS tren pertama yang disijilkan halal JAKIM. 

Untuk penumpang yang beli tiket platinum dapat goodies pack ni. Pramugara dan pramugari akan hantar macam dalam kapal terbang tu. 


Ada air soya dan dua jenis biskut. Nanti sampah akan dikutip jugak, tak perlu risau nak buang kat mana.

Yang menarik, ada satu lagi kemudahan dalam tren ni, plug 3 pin untuk caj phone.. Yeay! Tapi setiap seat berkembar tu ada satu sahaja, kat tengah-tengah antara dua seat,  jangan berebut tau.


Perjalanan yang sepatutnya tiba jam 2.48pm sedikit delay dan tiba di stesen Sungai Petani lebih kurang jam 3pm. Surau tak sempat guna sebab nak solat di tempat kursus nanti. 

5 comments:

  1. kak mel,shila amzah sangat.hehhe

    ReplyDelete
  2. Nak Tanya. Goodies tu kita kena mntak or diorg akn bagi and klau ya diorg akan bagi time kita tunjuk tiket ke mcm mna ya ?Sbb dh beberapa kali saya naik platinum tpi x pernah pun dpat goodies .Hehee.. Pnjg pulak soal. anyway Terima kasih

    ReplyDelete
  3. salam..nak tanya mmg boleh bawa makanan luar ye..tq

    ReplyDelete