Pages

Friday, 23 June 2017

Lagi 2 hari nak Raya

Hari ni dah Jumaat, esok Sabtu, lusa Raya..Yeay! Bukanlah excited sebab raya tapi excited sebab nak cuti seminggu. Bukan senang kan nak cuti panjang, bila keadaan memaksa cuti (memaksalah sangat) so apa lagi, kita cuti aja. Sambil bertenang jangalan ada gangguan sepanjang cuti, gangguan kerjalah...

Tapi, di pagi Jumaat yang hening ni, dengan opis dah tinggal berapa kerat orang jer lagi. Aku pun kat opis, huhu. Nak buat caner, ada keje.Takpelah, esok dah start cuti.

Sekolah dah cuti arini, taska budak berdua yang sekolah tutup. Tinggallah si kecik, Namee kat taska. Semalam dah bagitau boss, nak kena balik awai arini sebab taska half day. Kesian teacher taska Namee, lambatler diaorang balik kampung. Tadi pun dah siap pesan kat teacher, kalau Namee sorang jer, cepat-cepat bagitau supaya boleh ambik dia, tapi sampai sekarang dah pukul 10lebih, takde lagi info dari teacher suh balik, so buat dulu keje.

Raya balik mana? Aku sini-sini jer, dah 26 tahun beraya sini, sejak pindah masa darjah 6 ke Cheras. hehe. Laki plak orang Rantau Panjang...eh, bukan Rantau Panjang Kelantan tau, Rantau Panjang Klang aja..haha..so memang alamat tetap raya sini jerlah. Sebab tu anak-anak aku masa kecik-kecik semua tak paham bila orang cerita balik kampung. Ater, setiap minggu kot balik kampung...sian anak-anak kan..haha


Produktif ke keje dalam mood nak cuti dah ni? nak buat caner kan, apapun, selfie sket...

No comments:

Post a Comment