Monday, 22 May 2017

Pulau Tioman (12 - 14 Mei 2017) Part II (Hotel review: Tunamaya Resort & Spa)

Stay mana kat Tioman?

Kami stay kat Tunamaya Resort &  Spa.  Location?  Agak jauh dr perkampungan yang besar kat situ, Kampung Tekek.



Amazing view! Dikelilingi lautan (of coz) dan dibelakang resort nampak berbalam-balam bukit batu yang sangat besar dan cantik. Subahanallah.

First time jejak Tioman, can't be more excited...hehe


Masuk sahaja lobi kami diberikan seorang satu tuala muka kecil yang dah dibasahkan, tujuan? Untuk sejukkan muka yang panas membahang...huhu...dan dihidangkan welcome drink, fruit juice. Tak perlu ke kaunter, tapi petugas kaunter yang datang kat kita untuk dapatkan details dan kad untuk bayaran.





Si kecik excited, selamba jer joget kat lobi hotel. mujur takde orang, cuma kami satu family dengan satu family pelancong dr Filipine (I guess).

A vacation that I have been looking fwd to dan harap tak mengecewakan. Setakat hari pertama ketibaan, Lobi dan layanan  5 bintang hakak kasik!



TBC....

Sunday, 14 May 2017

Pulau Tioman (12-14 Mei 2017) Day I - The journey

Berjaya jugak bercuti ke Pulau Tioman start Jumaat lepas,  12hb sampai 14 hb Mei 2017.

First time jejak ke Pulau Tioman.  Setau aku biasa orang gi Tioman ni naik Berjaya Air.  Bila sendiri nak pegi baru gali info how to get there.

Pilihan bercuti ke Pulau Tioman ni was decided few days before by Mr hubby.  Dia survey,  aku booking hotel via booking.com. Tapi,  sehari sebelum ke sana,  resort yang dah book tu call and gave better offer,  in term of price,  dikurangkan, bilik yang sama tp less price.  So, cancel yang di booking.com.

Jumaat tu,  anak-anak dipontengkan sekolah 😊.  Sekali-sekala, jangan tiru aksi ini.

Bertolak dr rumah seawal 4am Jumaat tu,  akan naik feri kat Jeti Tanjung Gemok.  Ada dua jeti feri yang boleh bawak ke Tioman, Tanjung Gemok dengan Mersing.

Asben decide to go to Tanjung Gemok.  Target nak naik feri jam 11.30am. Sampai jeti,  beli tiket sehala ke Kampung Genting,  Pulau Tioman,  harga RM 35/dewasa, RM30/kanak2 umur2 tahun dan ke atas.

Nak beli tiket return sekali tapi awal sangat feri yang available,  jam 9 am dari sana.  Mcm rugi nnt tak cukup masa.  So beli tiket dari kaunter Feri Bestari dan beli tiket balik dr Feri Dragon Star.

Naik feri boleh pilih nak turun Kampung Tekek atau Kampung Genting.  Kami pilih Kampung Genting,  sampai Jeti Kampung Genting nnt pihak resort akan pick up guna boat pulak.  Exciting yah.. Naik feri.. Naik bot.

Yang tak berapa best cuma jeti Kampung Gemok tu panas,  orang ramai.  Anak pun dah meragam,  buat bising itu ini..

Berpeluh2..musyuk dah masa menunggu.  Panggilan masuk ke departure hall dibuat dengan menyebut warna boarding pass yang kaunter tiket bagi sekali dengan tiket.


11.30 patutnya dah jalan,  tapi delay...jam 12 gak lah rasanya baru naik feri.. Lemau nunggu.. Penuh feri dgn groups.

Perjalanan 1 jam setengah dr Jeti Tanjung Gemok ke Kampung Genting. Kat Kampung Genting,  sampai dah kul 2 lebih.  Pindah ke boat resort,  perjalanan naik bot dari jeti Kg.  Genting cuma 10 minit.  Cuaca cantik.. View... Subahanallahhhh.. CANTIK sangat!!!

Makin tak sabar nak sampai.. Anak2 pun eksaited.. Alhamdulillah semua tkde yang mabuk laut.


Sampai resort dah dekat jam 3pm. Tunamaya Resort & Spa.  Breathtaking view... Huhu... Jatuh chenta!

Ok.. Nak tido dah,  nanti sambung.



Thursday, 11 May 2017

Coffee

Aku dan kopi berpisah tiada.. Hari2 mesti nak kopi,  kalau tak dapat,  aduss.. Lemah rasanya.  Jadik takdak mood.

Aku walaupun coffee addict tapi jarang dapat lepak kedai kopi.  Sokmo take away jer.

Baru2 ni jumpa kiosk Costa Coffee kat Shell USJ,  try.. Ermmm yummeh... Senang guna mesin... Pilih jer dari touch screen.  Keluar resit,  pi bayaq sambil2 tu mesin bancuh.  Rasa? Walla! Tak menghampakan.

Harga? Saiz regular/large, start dari RM 10 ke atas. Boleh customize gula banyak mana nak letak dan ada pilihan comes with extra flavor.

Aku dah try Vanilla Latte,  nnt lenkali cuba lain plak.  Tak banyak shell ada ni.  Dan sesetengah Shell yang ada pun maybe orang yang bancuh dan pilihan kopi sangat limited.

Drive,  stop,  sip
Start your day the London way.


Jom ngopi!

Mana nak beli?



Timeless Anuar Zain

Harini tak pernah2, tetiba "terbeli"  magazine Maskulin.. Hehe.. Maskulin ni majalah lelaki kan?

Sebab?

Haaa... Sebab mamat yg jadik tajuk entry kali nilah.  Anuar Zain.

Pasai pa minat Anuar Zain?

Sebab dia sangat cerewet dan detail dalam menghasilkan naskah2 yang setakat ni takkan mengecewakan peminat.  Eceh.. Cerewet pun best ke? Cerewet tang ni aku suka sangat.. Kualiti kena jaga..standard juga kena jaga.  Takdelah tangkap muat jer lagu2 asal ada..

Dalam ni ada citer pasal lagu baru abang Nuar.  Tapi aku lum abis baca..

Nak tau citer? Beli jerlah magazine Maskulin bulan April 2017.


Wednesday, 10 May 2017

Vacation mood is on!

Adusss... Lama sungguh tak g memana,  akhirnya.. Insyaallah weekend ni nak pegi vacation,  somewhere dalam semenanjung jer.  Nak p obersea takdak duit, hehe.


Lama sangat tak g vacation kot.  Kalau pegi pun dekat2 jerlah.  Kekangan masa... Si kakak nak UPSR tahun ni,  so weekend pun dia sekolah.

Nak g mana vacation kali ni? Nantikan entry pasal tu yer.. Harap berbaloi pegi ni.  Belum pernah jejak lagi tempat tu.