Pages

Saturday 29 September 2018

Air Fryer buat aku kurus.

Air fryer dah lama ada dalam wishlist aku.. Kat rumah aku semua suka makanan bergoreng.. Macam yang kita tau, makanan bergoreng ni kena guna banyak minyak untuk menggoreng. Secara tak langsung, makanan tu pun berminyak kan. Bila aku bagitau asben aku nak air fryer, dia macam skeptikal sket dari segi rasa makanan yang goreng guna air fryer tu.. Mesti tak sedap katanya...

Air fryer ni kalau menggoreng kita takyah pakai minyak, dari segi kesihatan memang sihatlah. Masa birthday aku Julai lepas, aku rekues hadiah air fryer kat adik beradik... Alhamdulillah dapat...kakak aku tanya ok ke guna air fryer sebab ada kawan-kawan dia yang jual balik air fryer sebab masak jadik tak sedap.. Risau gak.. Tapi takpelah aku kata.. Aku nak. Ada gak kawan-kawan rapat aku yang dah guna dan dorang kata ok jer..

Kat rumah, orang pertama yang guna air fryer tu asben.. Hehe.. Excited pulak dia nak cuba. Dia goreng nugget. Senang jer rupanya guna air fryer ni.. Tekan jer pilihan menu atau pilih suhu dan tempoh masa nak masak. Tekan butang macam play... Tinggal dan nanti habis masa..tadaaa...masakan dah siap. Sambil tu bolehlah kita buat kerja lain.. Tak payah nak balikkan makanan tu dan tunggu nak elakkan makanan hangus kan. 


Sejak ada air fyer aku kerap bawak bekal pagi-pagi.. Selalunya menu salad ayam. Ayam tu goreng guna air fryer.. Beberapa minggu aku amalkan makanan sihat, terasa longgar baju-baju aku. Wahh.. Bestnya.. Walaupun masih banyak nak kena kurangkan daging dan lelemak aku ni, tapi aku suka bila dapat makanan sihat dan bonusnya dapat kurangkan ketebalan badan aku.

Ni antara menu bekalan aku..ayam atau ikan yang nak dimasak aku dah siap perap malamnya.. Bahan perapan biasanya cajun seasoning, italian herbs dan chilli flakes. Rasa? Sedapppp... Aku lebihkan sayur macam salad, tomato, timun dan karot... Sesekali letak epal hijau, topping mayonis dan sedikit chia seed.


Banyak lagi makanan boleh masak guna air fryer ni yang boleh dicuba.. Bestnya... Boleh google jer resepi..besar harapan nak kurus ni...hehe. 

Thursday 27 September 2018

Makin best Cameron Highlands

Lama sungguh rasanya tak pegi Cameron Highlands. Seingat aku adalah dalam 4-5 tahun lepas kot last pergi. Lepas tu kami mula explore Fraser's Hill pulak start tahun 2016 dengan 2018. Kali ni dapat panggilan tugas ke cameron highlands, excited jugak nak ke sana, maklumlah dah lama tak gi kan..

Ke Cameron nak buat apa? Haa..biasanyakalau ke Cameron, orang teruja untuk tengok ladang teh, kebun sayur, kebun strawberi, kebun bunga, dan semestinya membeli belah buah-buahan, sayur-sayur dan bunga-bunga yang segar bugar. Dan....banyak port cantik untuk bergambar. 

Kalau nak nikmati teh panas untuk diminum bersama scones, waffles atau kek bolehlah stop di tepi jalan, ada beberapa ladang teh yang sediakan restoran. Best tau minum air panas dalam cuaca sejuk, nikmatnya lebih terasa. Teh pun ada macam-macam perisa, tapi yang paling famous ialah teh strawberi.

Untuk kali ni, aku takde rasa teruja untuk membeli belah tapi lebih pada to enjoy kenyamanan udara dan jugak keindahan alam..haaa..gitu....tapi sebenarnya dalam masa yang sama, timing pegi tak cantik wei, beberapa hari sebelum gaji ha, sakit tau. Mujur gaklah asben available, maka bolehlah berangkut dengan budak-budak.

Kalau memanjat Cameron biasanya memang akan naik ikut Simpang Pulai, jarak lebih jauh dari laluan Tapah tapi liku jalan tak sehebat Tapah. Anak pulak jenis mabuk kalau naik Cameron mesti muntah.


Sesampai kat sana suhu menunjukkan 15 darjah celcius, kalau kat bawah tadi dalam 32 darjah. Wah..bestnya....Kali ni akan bermalam di Hotel Capthorne yang dulunya nama Hotel Equatorial. Ini satu-satunya hotel yang ada swimming pool kat Cameron Highlands ni. Tapi swimming pool bukanlah open macam biasa tapi berada dalam bangunan dan berbumbung.

Kebetulan pergi kali ni hujan pulak, sampai-sampai sana singgah Nova Shopping Mall, yer..Cameron highlands dah ada shopping mall. Tidaklah besar tapi dalam tu ada banyak jugak tempat makan macam teh tarik Place, kedai makanan arab dan beberapa restoran lain. Selain tu ada farmasi Watson dan yang menarik untuk anak-anak, ada mini indoor theme park, mak pak..sediakan duit ajalah..huhu. stress jugak lah waktu tu dah lapar, nak makan, si Namee pulak sibuk nak main permainan yang ada.










Bangunan sebelah tu pun ala-ala indoor theme park.

Elok-elok dah main, tengah makan hujan turun lebat, wahhh...,makin sejuk suasana....hehe..lepas makan, check in hotel, Nova ni dekat jer dengan Capthorne tu, ni dah area Brinchang.

Sepanjang 3 hari 2 malam tu kami tak explore sangat tempat-tempat yang ada sebab datang ada meeting dan juga cuaca hujan...budak-budak babahnya bawak mandi kolam.

Ni gambar-gambar sekitar hotel.

























Hari ketiga before balik barulah membeli sikit buah tangan, itupun cuma strawberi dan keychain utk anak-anak dan jugak kawan-kawan dorang.

Shopping pun sebelah hotel jer, Kea Farm.













Ada empat perkara aku nampak yang banyak berubah:

1. Dah takde lori-lori angkut sayur yang buruk-buruk, semua guna pickup moden..memang sepanjang duk sana masa tu takde nampak satu pun.

2. Semakin banyak pilihan tempat makanan Halal, kalau dulu sangat limited selain makanan hotel, sekarang dah banyak.

3. Semakin banyak pusat agro pelancongan yang mana dalam satu-satu pusat tu ada tempat petik buah strawberi, jualan sayur dan buah, bunga, tempat makan dan jugak taman permainan kanak-kanak. Jadi, cuma pilih tempat mana nak pegi...

4. Penanaman dibuat lebih baik dengan cara lebih mesra alam berbanding beberapa tahun dulu. 

So, bagi aku.. CAMERON HIGHLANDS SEMAKIN BEST! 

So, kalau tercari-cari tempat nyaman dan selesa, bolehlah naik Cameron Highlands yer. Jem? Kena tengok timing...weekend memang padat dengan orang ramai. Ada yang rajin untuk buat trip sehari ke Cameron Highlands untuk menikmati suasana dan membeli belah. Tempat yang aku teringin nak jelajah ialah ladang teh Boh di Sg Palas dan Mossy Forest..tak taulah bila boleh pegi.

Ni salah satu pusat agro yang sempat singgah sekejap. Green View Garden ni terletak di jalan semasa menurun untuk ke Simpang Pulai. Hentian kedua terakhir kalau nak singgah. 






Kalau pergi Jumaat sehingga hujung minggu, jangan lupa singgah di Pasar Malam Brinchang yang famous, depan Balai Polis. Aku dan family kalau ke sana wajib beratur beli ayam goleknya yang sedap. 

Cameron Highlands ni khazanah negara kita, dulu kecoh pasal penjagaan alam tak dibuat dengan baik yang menyebabkan berlaku tanah runtuh di kebun sayur sampai ada kehilangan nyawa. So kalau kita pergi sana, janganlah nak buang sampah merata-rata dan membuat pencemaran. Sayangilah alam...