Pages

Wednesday 27 September 2017

Bukak pintu kereta boleh membunuh

Tajuk agak keras dan apa kaitannya? Hmm.. Pagi semalam dapat satu video maybe dari China sebab tulisan yang digunakan tulisan Cina. Video kompilasi pasal orang yang bukak pintu kereta dan dilanggar orang lain,  samada naik motor atau jalan kaki... Seram..


Memang selalu pesan ngan anak-anak kalau nak turun kereta especially kalau kat jalan raya,  walaupun dah berhenti dalam petak parking.  Tengok dulu kereta atau motor lalu lalang.


Nauzubillah.. Tengoklah video ni




Cuba Rasa-rasa

Aku ni jenis yang mudah terpengaruh dengan iklan atau viral pasal makanan dan minuman.  Jom tengok makanan dan minuman apa yang aku dah cuba baru-baru ni.

1. McFlurry Durian

Sebagai hantu durian,  aku wajib cuba.  Nasib baik sempat rasa sekali.. Sebab sokmo abis kat outlet McD. Harga agak mahal tapi berbaloi mencuba, RM8 satu. Dan memandangkan musim durian dah habis,  McD suh tunggu tahun depan pulak.. Arghh lama weiii..




RATING RASA: 4. 5/5.

Kalau tertonggok atas tu durian fresh lagi umph tapi susah nak kekalkan kesegaran,  silap-silap jadik tempoyak pulak nanti kan.

2. Farm Best Kurma Fresh Milk

Famous susu kurma ni.  Khabarnya elok sebagai milk booster untuk ibu-ibu yang masih menyusukan anak.  Untuk orang-orang lain,  khasiat susu dan kurma adalah bagus.


RATING RASA: 3/5.

Aku prefer makan buah kurma tanpa diolah jadi minuman atau dicampur makanan lain.

3. Nescafe Black Ice
Baru jer cuba perisa kopi dalam tin terbaru dari Nescafe ni,  sekarang ada offer di Stesen Minyak Shell dan Petronas.  Aku beli kat Petronas. Beli 3 untuk hanya RM5 dan boleh tambah 1 tin lagi dengan hanya RM1.


RATING RASA:  2.5/5.

Sejuk dengan sensasi dingin air setiap teguk tapi kurang kick rasa kopinya.


*Rating rasa dibuat atas rasa peribadi sahaja.

Tuesday 26 September 2017

Menyarung sepasang jeans yang selesa

Tajuk hanyalah analogi.  Untuk orang yang gemar pakai jeans,  semestinya akan cari yang selesa dipakai.  Pemilihan jenis kain jeans,  cutting,  poket dan zip adalah antara kriteria yang disenaraikan.
Image result for jeans

Mencari sepasang jeans yang selesa untuk dipakai samalah macam kita memilih cara hidup masing-masing. Apa yang kita nak makan, nak pakai dan cara hidup sendiri.

Pepatah ukur baju di badan sendiri tu memang sangat-sangat releven sampai bila-bila pun. Ibarat memilih jeans, ada branded jeans dan ada yang murah. Katakan kita mampu, apa salahnya, beli jerlah jeans branded yang beratus-ratus ringgit, tapi kalau agak-agak tak mampu, beli aja brand apa-apa pun, asalkan selesa. Ye dak? Ada jugak orang yang mampu, tapi prefer untuk beli yang biasa-biasa jer. So..itu, berbaliklah pada tajuk post aku kali ni.

Kenapa kaitkan dengan jeans? Sebab bagi aku, jeans paling banyak kerenah eh kriteria kalau nak dilihat. Sama macam hidup kita. Kadang-kadang sangat complicated kan. Pemilihan sesuatu perkara dalam hidup mungkin mengambil masa yang lama, ada berhari-hari, berminggu-minggu malah mungkin mencecah berbulan-bulan dan bertahun-tahun.

Hidup seharian memang banyak memerlukan pilihan, nak makan kena pilih, nak parking mana pun kena pilih tempat, dan sebagainya. Apatah lagi nak memilih pasangan hidup kan? Kadang, bila dah tersalah pilih, mungkin menyesal..tapi pegangan aku, selagi kita tak pilih "jeans" tu kita mungkin tatau yang sama ada itu pilihan terbaik atau tidak. Sesekali mungkin kita tersalah pilih tapi itu akan menjadi pengajaran buat kita.

Oklah guys, nak pi sarung jeans sat, nak pegi kedai...







Monday 25 September 2017

Badan Lebih Segar dengan Jamu Asam Kunyit Madu

Jus asam kunyit madu (JAKM) ni khabarnya banyak khasiat terutamanya untuk kesihatan dalaman perempuan. Sebelum ni biasa jugak tengok orang jual tapi belum pernah cuba. Baru-baru ni berpeluang mencuba JAKM homemade, keluaran Forreen Secret. Yang specialnya, owner hantar sendiri kat kita tau...Delivery dan stok fresh. Puan Azrina dan suami hantar.

Selepas "berkenalan" dengan JAKM, baru tau rupa-rupanya JAKM ni bukan untuk orang perempuan sahaja tau, lelaki pun boleh minum jugak. Perempuan mengandung sahaja tak boleh minum.

Bahan yang digunakan dan persediaan dibuat secara tradisional. JAKM ni homemade dan tiada bahan pengawet. Aku memang suka kalau takde bahan pengawet. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat JAKM ni ialah ibu kunyit, halia, asam jawa , temu kunci, madu, saffron, habbatussauda, gula melaka. Setiap ramuan ni mengandungi manfaat yg tersendiri.

Secara asasnya, ibu kunyit mampu menyembuhkan luka dalaman, mengempiskan perut, mencantikkan kulit, anti bakteria. Halia boleh mengeluarkan angin dari badan. Temu kunci untuk kesegaran badan dan menambahkan tenaga,menghilangkan kelesuan dan letih-letih badan. Saffron bagus utk penjagaan dan kecantikan kulit. Habbatussauda boleh menstabilkan gula dalam darah, dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Madu untuk tingkat daya ingatan, anti kanser, tingkatkan kesuburan suami isteri dan manisan pengganti gula. Gula melaka pula sebagai pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan asma.

Khasiat JAKM

Kalau nak disenaraikan khasiatnya, banyak tau. Cuba baca ni:
1) Membantu menurunkan berat badan;
2) Merawat masalah kulit;
3) Mencerahkan kulit secara alami;
4) Menaikkan aura seri wajah;
5) Merawat haid tidak teratur & darah kotor;
6) Menstabilkan kolesterol dalam darah;
7) Membuang Angin Dalam Badan;
8) Merawat ibu-ibu dalam pantang/lepas bersalin;
9) Melambatkan proses penuaan (awet muda);
10) Merawat luka jahitan lepas bersalin;
11) Merawat masalah rahim/peranakan;
12) Merawat masalah bau badan;
13) Mengatasi masalah keletihan;
14) Mengurangkan masalah gastrik;
15) Mengatasi migrain/kerap sakit kepala;
16) Menstabilkan gula dalam darah;
17) Meningkatkan kesuburan suami isteri;
18) Mencegah batuk/selsema/asma;
19) Melancarkan sistem pencernaan; dan
20) Menurunkan paras kolesterol.

Aku sendiri dah rasa kesannya selepas minum JAKM ni. Aku percaya setiap orang mungkin lain cara penerimaan dan cara tindak balas badan dengan apa yang diambil. macam aku sendiri, berdasarkan pengalaman, selepas botol kedua aku konsume, badan terasa segar, especially bila bangun pagi, tak rasa berat, badan rasa ringan jer. Bab membuang, sebelum ni memang takde masalah, tapi bila ambik JAKM ni, lagi lancar. Detox bagus ni tau, buang segala angin jahat dalam badan. Hehe. Batuk yang dah dekat sebulan pun dah hilang, Alhamdulillah.

Duduk di rumah hujung minggu buat-buat kerja rumah, sampai malam masih rasa cergas, penat tak delah macam sebelum ni, rasa macam dah tua sangat baru buat kerja setengah hari kena berehat.

Pasangan suami isteri yang mencuba untuk mendapatkan zuriat sangat baik amalkan ni. Dua-dua boleh minum.

Aturan Pengambilan JAKM

Sebotol JAKM ni 360 ml dan berharga RM12 di Semenanjung dan RM14 di Sabah/Sarawak tidak termasuk kos pos/penghantaran. Aturan minum, lebih kurang 60ml sekali minum, dua kali sehari, sekali pagi dan sekali malam. Jika diamalkan ikut aturan ni, sebotol boleh betahan lebih kurang 3 hari. Sebulan, 10 botol diperlukan. Goncang sebelum minum. Untuk memastikan kesegaran simpan dalam peti sejuk dan boleh bertahan selama 2-4 minggu. Rasanya? Sedap...masam manis dan sedikit pahit di hujung, pahit-pahit halia jer..Personally, aku suka rasa yang sejuk, so memang simpan dalam peti ais.

Soal Jawab JAKM

Ada beberapa soalan yang biasa ditanya pasal JAKM yang aku nak kongsi kat sini

Salah satu soalannya, kalau hari-hari minum kunyit bukan boleh keringkan darah?

Jawapannya: Kandungan ibu kunyit dalam JAKM tidak sebanyak jus kunyit yang orang lepas bersalin minum tu, jadi takkan kering darah, insyaAllah.

Soalan lain, Macamana kalau minum terlebih? Sebab sedap, jadik minum jer, gulp...gulp... :)

Jawapannya: Takpe, takkan ada kesan sampingan kalau terlebih. Badan kita pun akan buang yang mana berlebihan dengan syarat, organ dalaman kita berfungsi dengan baik untuk membuang lebihan.

Lagi satu soalan yang sering ditanya ialah JAKM boleh tak diminum semasa datang bulan?

Jawapannya: Boleh. Tapi kalau dilihat pendarahan terlalu banyak sebab JAKM ada fungsi merawat haid tak teratur dan darah kotor, maka boleh berhenti minum buat sementara waktu.



Untuk maklumat lanjut atau tempahan, boleh check it out di:

IG: https://www.instagram.com/i.am.anirza/
FB: https://www.facebook.com/azrina.samsudin
https://www.facebook.com/jusasamkunyitmadu/

Atau boleh jugak hubungi melalui telefon 010-818 1796.

Wednesday 6 September 2017

Bagi hadiah berdosa

Semalam bagi namee topeng yang free gift dapat sebab beli pampers dia (yer.. Masih pakai pampers umur dah 3 tahun lebih.. 😂).

Pastu dia tanya,  "Kenapa mama bagi hadiah? Tak boleh,  berdosa macam tu?"

Aku tanya dia balik, "Eh,  kenapa pulak tak boleh bagi hadiah?  Bolehlah.. Hadiah jer sebab mama sayang adik."

Bila tanya lagi... Rupanya dia salah paham citer Upin Ipin yang dia tengok pasal rasuah tu.  Ada satu episod pasal perangi rasuah.  Opah dengan tok dalang explain pasal bagi hadiah tapi dengan niat nak merasuah untuk kepentingan atau mendapatkan sesuatu tu salah,  berdosa.



So,  si namee ni paham,  tak boleh bagi hadiah,  berdosa.  Adusss.. Caner nak terangkan balik kat dia ni.. Hehe..


Tuesday 5 September 2017

MyKad Anak Umur 12 Tahun

Minggu lepas, sehari sebelum cuti Merdeka sempat bawak anak sulung buat MyKad. Cikgu sekolah dah antar peringatan kena ada Kad Pengenalan kalau dah cukup umur 12 tahun sebelum tarikh UPSR. Kebetulan juga masih cuti sekolah dan target orang tak ramai sebab bakal bercuti panjang untuk Merdeka (31 Ogos) dan Raya Haji yang jatuh esoknya (1 September).

Sebelum ke sana dah siap-siap tanya member yang keje di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) HQ dulu kaunter bukak ke idak 30 hb tu. Member bagitau bukak dan pesan datang awal sebab biasa cuti sekolah ramai. Baikkk!!!

So, kul 8 am dah sampai JPN dengan kakak (anak). Dah breakfast makan kuih dalam kereta sebab tak berani nak confident sangat orang tak ramai. Sampai-sampai terus ke Aras 2 sebab ada terpampang Kad Pengenalan sebagai signboard. Semasa ambik nombor giliran kat kaunter, petugas bagitau surat beranak kena kemaskini, kena ke Aras 3. Bila kat Aras 3, ambik nombor dan isi borang. Kebetulan jugak nak buat mykad namee, dah 3 tahun lebih umurnya tapi tak buat lagi. Masa daftar lahir dia mykid stop. Lepas tu tak pegi-pegi untuk buat. So, alang-alang dah ke JPN, buat sekalilah.


Rupa-rupanya, sijil kelahiran atau surat beranak yang warna putih tu kena kemaskini dan ditukar. Tapi nak tukar tu tak wajib, yang penting update dalam sistem. Surat beranak warna putih tu bezanya nama anak tak terus letak bin/binti. Kalau warna hijau diletak terus. Anak-anak lain memang dah hijau. Saiz yang baru lebih besar (ni tak syok nak simpan, hehe, kalau yang lama kecik sikit). Walaupun dapat yang baru, surat beranak lama masih boleh kita simpan.

Ni contohnya, surat beranak yang lama dengan yang baru.

Kiri contoh yang lama, kanan yang baru.


Dah selesai kemaskini surat beranak dan dapat mykid, kami turun semula ke Aras 2. Ambik nombor giliran dan isi borang. Orang dah start ramai tapi masih tak crowdedlah. Menunggu pun sekejap. Untuk kali pertama mohon MyKad umur 12 tahun ni, kalau dibuat dalam tempoh 30 hari selepas harijadi, takde bayaran. Kalau lebih, tak tanya pulak kena berapa. Birthday anak 17 Ogos aritu, so baru lebih kurang 2 minggu. MyKad akan siap lepas cuti Raya. Oklah tu..no hal. 9.20am semua dah settle. Alhamdulillah...Tak rushing..sempat dapat MyKad sebelum UPSR, walaupun biasanya hari yang sama akan siap.
Ambik gambar.

Ok, untuk sapa-sapa yang anaknya nak UPSR tak lama lagi, bolehlah buat MyKad segera yer. Aku dulu form 3 baru dapat sebelum PMR sebab masa apply darjah 6 untuk UPSR sangkut proses kewarganegaraan (kes beranak kat oversea). So, masa UPSR kena bawak surat perakuan warganegara.