Wednesday, 31 October 2018

Kalau kita Percaya pada Konsep Rezeki


Kalau kita percaya pada konsep rezeki mesti kita lebih berlapang dada
Terhindar dari iri hati
Keluarga dan saudara mara lebih sikit takkan iri
Kawan-kawan yang rezekinya lebih takkan didengki
Kalaulah kita percaya pada konsep rezeki itu Allah tentukan
Mesti kita lebih tenang dan suci hati
Mungkin doa kita belum dimakbul sekarang untuk rezeki yang kita nanti
Tapi, andainya rezeki itu milik kita
Pasti akan tiba jua
Rezeki takkan pernah salah alamat kan?

Image result for rezeki
Sumber: Google

Jadi, kenapa mesti sakit hati pada orang lain?
Apa kata kita sama-sama tumpang bahagia atas rezeki orang lain itu.
Mungkin rezekinya sebegitu, dalam bentuk harta
Atau mungkin rezekinya dalam bentuk anak yang ramai
Pangkat yang tinggi dan sebagainya.
Image result for bersyukur
Sumber: Google

Namun, mungkin rezeki kita ialah kurniaan kesihatan tanpa perlu berulang alik ke hospital
Atau mungkin rezeki kita ialah damainya hati dari kerungsingan fana di dunia ini.
Nah, jangan gusar, Allah telah tetapkan rezeki kita, bukakan mata hati dan terima seadanya.
Rezeki itu kerja Illahi. Syukur…




Monday, 29 October 2018

Punca Pembuluh darah pecah

Baru-baru ni aku dikejutkan dengan 3 berita orang sekeliling yang dimasukkan ke wad dan ada yang meninggal sebab pembuluh darah pecah di otak. Innalillahiwaiinnailaihirajiun..Al fatihah buat yang pergi. Terpanggil untuk buat entry pasal ni. Dah banyak sebenarnya kes pecah pembuluh darah ni. Biasanya kalau cepat dapatkan rawatan atau keadaan masih di peringkat awal, boleh diselamatkan.

Pembuluh darah berfungsi membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh badan. Dalam keadaan normal, pembuluh darah yang berfungsi dengan baik akan mengelakkan berlakunya gangguan kesihatan. 

Pembuluh darah ni boleh pecah di otak, di bawah kulit dan jugak di mata. Paling bahaya ialah sekiranya pecah pembuluh darah di kawasan otak. Ada beberapa punca utama pembuluh darah pecah. Bila pembuluh darah pecah di otak, kalau lambat dapat rawatan, boleh melumpuhkan fungsi otak.

Image result for pecah pembuluh darah di otak
Pembuluh darah pecah pada otak.
Antara tanda-tanda pembuluh darah pecah ialah sakit kepala yang teramat secara tiba-tiba. Pendarahan pada otak tersebut boleh menyebabkan kersoakan fungsi otak. 
Tiga Punca utama pembuluh darah pecah di otak:

1. Tekanan darah tinggi-jika memang tau ada, kawal tekanan dengan ambil ubat preskripsi doktor, ubah cara makan dan ubah cara hidup kepada yang lebih aktif dan sihat.

2. Kanser/tumor - ikuti saranan doktor yang merawat dan sekiranya ada tanda-tanda sakit yang abnormal, segera dapatkan bantuan perubatan.

3. Kelainan pada pembuluh darah - ini juga perlu dapatkan rawatan sekiranya doktor mengesahkan masalah ini wujud pada kita.

Image result for pecah pembuluh darah di kulit
Pembuluh darah pecah pada kulit.
Ketika pembuluh darah pecah pada kulit, sebahagian kecil darah akan keluar dari pembuluh darah ke tubuh. Darah pecah akan muncul di bawah permukaan kulit. Biasanya tanda-tanda seperti bintik-bintik kecil kemerahan, atau belang-belang akan muncul pada kulit. Penyebab pecahnya pembuluh darah di bawah kulit biasanya terjadi kerana luka atau cedera, memar, alergik, infeksi pada darah, atau kesan sampingan ubatan.
Image result for pecah pembuluh darah
Pembuluh darah pecah dalam mata.

Pembuluh darah biasanya pecah dalam mata kerana mata tidak dapat menyerap darah dengan cepat. Ini menyebabkan darah terperangkap dalam kawasan mata. Pecahnya pembuluh darah jarang disedari sehinggalah mata berubah menjadi sangat merah (waran amerah darah) dan mata terasa seperti berkaca. Pandangan mata juga boleh terganggu jika terkena pada anak mata.  Pembuluh darah dalam mata boleh juga terjadi berpunca dari batuk atau bersin yang sangat kuat. Biasanya, keadaan akan pulih dalam dua minggu.

Semua punca pecahnya pembuluh darah ini hanya dapat dipastikan melalui diagnosis oleh pengamal perubatan. Semoga kita semua dilindungi Allah sentiasa...aminnnn



Wednesday, 24 October 2018

Jom Melukis dengan Aunty Mell

Petang ni aunty mell boring sket, so marilah kita melukis Panda, Cupcake Unicorn dan jugak Ais Krim comel. Kalau anak-anak tak reti lukis, suruh mama papa lukis pastu anak-anak kaler kan yer.

Nah video ringkas melukis bersama Aunty Mell.




Tuesday, 23 October 2018

Penggunaan Emoji merosakkan komunikasi?

Kalau sekarang, korang biasa message orang guna apa? Whatsapp? Wechat? Telegram? Zaman sekarang, rata-rata sosial media ada sediakan emoji atau emoticons tu kan.  Perlu ke ada emoji?

Betul ke emoji merosakkan cara kita berkomunikasi atau menambah nilai sebenarnya?

Ok, pada aku, kalau kita gunakan emoji, komunikasi tu jadi lebih harmoni. Ada banyak ayat (bagi akulah) kalau kita tak gunakan emoji akan jadik keras dan kalau salah intonasi boleh jadik kasar. Contohnya:

Saya rasa tu tak kenalah.

berbanding

Saya rasa tu tak kenalah (pastu tambah emoji senyum berpeluh dan peace)

so macam sopan sikit kan? haha

Ayat lain , contoh macam screenshot kat bawah


Cuba bayangkan tanpa semua emoji tu...lemau kan ayat-ayat tu. Ayat

"Puan xde kat bilik ek" kalau takde emoji bawah tu macam dia stalk aku dan seolah-olah judging oooo puan takde kat bilik yer..sila baca dalam tona nak membawang. Haha.

Anyhow, bergantung pada yang membaca jugaklah kan. Orang yang dah kita biasa lain caranya, orang yang kita tak biasa kadang nak guna emoji pun bimbang, ye dak..takut salah.

Penggunaan emoji jugak memainkan peranan tau. Dalam keadaan nak cepat tapi perlu respon pun emoji sangat membantu. Setuju?

So bagi aku..emoji..daebak!!!




Friday, 19 October 2018

9 tanda kita dibuli di tempat kerja

Bagi yang bekerja mungkin ada sesetengah tempat kerja kita tu menimbulkan rasa tak seronok untuk kita bekerja. Harini nak share 9 tanda-tanda yang menjadi petunjuk bawah korang sedang dibuli di tempat kerja:

1. Dipaksa membuat kerja bukan kerja sebenar.
 -Sesekali mungkin dikira okay untuk kita buat kerja selain kerja yang sepatutnya kita buat, yang ada dalam senarai kerja kita. Tapi, kalau terlalu banyak lain-lain kerja yang kita kena buat sampai menggangu kerja sebenar kita, itu tanda kita ditindas. Learn to say NO boleh jadi salah satu usaha.

2. Difitnah atau menjadi bahan gosip.
-Membawang itu memang dah jadi lumrah tapi kalau kita dapat tau, kita ini dibawangkan tentang perkara yang bukan-bukan, maka carilah puncanya yang menyebabkan tersebarnya berita-berita palsu tu, kalau tak, angkat kaki dari komuniti itu.

3. Dimarah, dihina dan diherdik meskipun untuk kesilapan kecik atau sebenarnya takde salah pun.
- Memang ada jenis orang kerja dia suka marah orang tapi, kalau memang kita buat salah, adalah tak mengapa jugak kita dimarahi sebagai peringatan kepada kita untuk kita tambahbaik. Tapi, kalau rasa marah tu melampau sampai menjatuhkan maruah kita, sampai membuatkan kita sangat tidak okay, maka itu juga tanda kita ditindas.

4. Sentiasa dipandang sinis.
-Dipandang sinis ni kadang boleh jadi perasaan kita sahaja tapi jika berlarutan, berkemungkinan si pelaku memang tidak suka akan kita, dari jenis pandangan juga boleh jadi satu bentuk buli di mana kita semestinya rasa tak selesa kan dipandang sinis.

5. Dikritik untuk semua perkara
-Kritikan membina adalah ok tapi kalau semua benda kita buat dikritik akan boleh membuatkan kita rasa, tak berguna langsung ke aku ni...tak reti buat kerja sangat ke aku ni? So....itu menandakan si pengkritik itu yang ada masalah dan dia sedang membuli kita.

6. Diungkit kesilapan lampau yang tidak diulangi.
-Buat kesalahan dalam bekerja adalah normal, aku selalu percaya, there is always room for improvements kalau setakat kesalahan kecil dan biasa (ini subjektif yer). Tapi, sekiranya kita pernah buat salah, kita akui dan kita tidak ulangi, atau kita dah berusaha untuk perbaiki namun masih diungkit-ungkit kesalahan lampau, itu juga tanda penindasan.

7. Dituduh untuk sesuatu yang tidak dilakukan
-Tuduhan buat sesuatu yang korang tak buat, boleh jadik pertuduhan kecik sehinggalah pertuduhan yang mungkin melibatkan pihak berkuasa tidak mustahil untuk terjadi. Ini memang terang korang dibuli.

8. Tidak dihargai
-Tidak dihargai ini juga mungkin agak subjektif tapi aku ada pengalaman tersendiri bab ni. Perkara ni ialah bila mana ko dah all out buat kerja tapi at the end of the day, ko dikatakan tak buat kerja. Moral down wei untuk berhadaoan dengan benda ni kalau terlalu kerap terjadi. Apa aku buat, yes..angkat kaki...

9. Diperli 
-Perli ni adalah something yang kadang kita tak perasan, tapi kalau kita dapat detect perlian tu dan dibuat secara berulang-ulang, itu akan memakan jiwa kita. Yup..tanda penindasan.

Akibatnya? Kita boleh mengalami stress tak munasabah dan kemurungan, kalau dibiarkan, kehidupan dan kesejahteraan kita boleh terjejas. Apa yang boleh kita buat? Kalau korang jenis outspoken, boleh tegur pembuli tu, atau boleh adukan masalah pada yang berkenaan macam majikan atau HR. Selain daripada tu, saranan aku, bertukarlah tempat kerja lain kalau rasa tak boleh atasi rasa tidak seronok bekerja kat situ. Jom, selamatkan diri kita.