Pages

Monday, 26 March 2018

Bila mama mungkir janji...


Cuti sekolah start last weekend sampai 25 Mac 2018. Sepanjang 6 hari aku ada kursus dan bengkel.

3 hari di KL dan 3 hari di Tambun (plan asal). Dah cantik bila kat Tambun bolehlah ambik kesempatan untuk bawak anak-anak, kebetulan husband pun boleh off sekejap dari kerja.

Malangnya bila tetiba dapat surat kena pegi Bengkel kat Langkawi. Otak ligat berfikir untuk tolak aja. Terus call urusetia dan maklumkan, urusetia kata ok. Langkawi memang best.. Tapi dah janji dengan anak-anak nak g Tambun. Ingatkan selesai di situ, ingatkan dapat join aktiviti di Tambun.

Tung tang tung tang, aku kena jugak pegi Langkawi. Tanya asben dia kata leh pegi gak kalau langkawi.. Tapi.. Dua hari sebelum... Decide tak pegi plak.. End up aku kena g sorang. Nasib baik dapat buat waran udara walaupun last minute.

Balik rumah, bagitau anak2 tak dapat bawak g langkawi jugak. Menangis Kimi.. Merajuk dia. Excited dah.. Kali pertama tak jadik g tambun dia ok lagi.. Bila langkawi pun tak dapat pegi.. Memang kecewalah dia. Mama pun kecewa.. Sobs..
Fly away sengsorang... 


Borong coklat.. Kiriman dan sendiri punya. 



Dalam kepala ligat nak g mana agaknya kalau aku balik Sabtu.. At least dapat semalam bawak anak2 g memana yang dekat. Survey.. Kebanyakan hotel fully booked Sabtu ahad. Terpikir untuk check in Ahad..check out Isnin. Masa kat Langkawi bgtau asben nak book hotel kat Cyberjaya.. Dia kata ok, aku terus book.

Tapi kakak kena balik asrama. So.. Isnin Kimi ponteng sekolahlah. Huhu Stay kat mana? Dashbox Cyberjaya...simple but nice hotel. Yang penting.. Pool jer. Kids friendly. Bilik pun simple and moden.









Indoor playground

Mya Cafe- breakfast included for 2, add on untuk kids below 12 years old, RM 20, 4 years old RM10. Takde buffet station tapi konsep nak makan apa-apa dalam menu order jer, takde limit. First time ni camni, yang bagusnya sebab order baru dapat, food panas.


Brewed coffee sedap.. 


Rate bilik? Book melalui booking.com, dapat RM150, tapi no view, add breakfast for 2 adults jadi RM210. All in termasuk GST RM226.00 dengan deposit RM50. 

Wednesday, 14 March 2018

PRP untuk kecantikan wajah

Biasa dengar rawatan kecantikan atau aesthetic kan? Ada banyak jenis rawatan kecantikan ni. Sebelum ni aku tak pernah nak cari sebab tak pernah cuba, setahu aku yang paling biasa ialah facial, tapi itupun aku tak buat. Baru-baru ni berpeluang untuk dapatkan rawatan kecantikan di sebuah Klinik Aesthetic, melompat ke bintang lah nak cuba. Dah dapat peluang kan?
Peluang keemasan ni aku dapat bila kawan blogger, Cik Min yang suggest nama, boleh jugak baca review dia yang yang pernah ke sana di www.bebelancikmin.com. Menarik betul tengok rawatan yang dia dapat. Aaaa..mesti makin cantik kawan kita tu. Yang penting, klinik yang nak pegi ni Klinik berdaftar dengan Doktor dan petugas professional bukan sebarangan punya. Kalau sebarangan memang tak berani nak pegi, kalua main terjah jer, sua muka tetiba muka jadik herot ke apa ke sebab treatment tak ke naya kan. 

Klinik Kecantikan Top di Malaysia
Klinik apa yang aku nak pegi buat rawatan ni? Nama klinik tu ialah Klinik Premier. Klinik ni adalah antara klinik kecantikan terkemuka kat Malaysia tau… Ada beberapa cawangan Klinik Premier iaitu di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Puchong dan Ampang.

First step ialah buat appointment. Lepas dapat appointment, hari yang dinanti tiba, aku pun ke Klinik Premier cawangan Bangsar. Kat sana, Doktor bagi consultation rawatan apa yang sesuai untuk kulit aku sebab masa set appointment aku pun tak tau nak dapatkan rawatan apa, maklumlah tak pernah. Hehe..

Doktor cek muka dan bagi cadangan apa masalah kulit yang dihadapi dan rawatan apa yang sesuai. Doktor yang bagi consultation masa tu ialah Dr Jaswine Chew. Very nice Dr, comel jer, and of course kulit muka dia cantik. Rupa-rupanya banyak jenis rawatan kecantikan yang mereka tawarkan. Kalau kat klinik ni, ada lebih dari 50 jenis rawatan yang tidak terhad kepada muka sahaja. Boleh layari laman web https://premier-clinic.com/our-services/ untuk maklumat rawatan yang ada. Aku memilih untuk fokus kepada rawatan wajah.













Antara masalah kulit aku ialah liang pori yang besar, kulit muka berminyak di kawasan T, eye bag dan jugak parut chicken pox. Bincang-bincang, aku pilih PRP. Apa itu PRP? Haaa…jom study sama-sama sikitlah apa PRP ni.

Apa sebenarnya rawatan PRP? 
PRP ni ialah nama ringkas bagi Platlet Rich Plasma. Apa kebaikan PRP? PRP ni bukan sahaja boleh merawat cela pada wajah tapi turut boleh merawat macam-macam lagi antaranya kecederaan lutut, bahu, dan sebagai rawatan rambut gugur. Untuk wajah ni, akan bantu wajah lebih berseri-seri, mengurangkan parut, mengurangkan masalah pori dan sebagainya. Ada tiga langkah asas dalam rawatan PRP ni, iaitu mendapatkan darah kita sendiri, pengasingan platlet darah dan extract platlet-rich plasma untuk dimasukkan semula ke dalam kulit. Secara keseluruhan, prosedur PRP mengambil masa lebih kurang satu jam untuk selesai.

Mula-mula, petugas klinik akan sapu cream kebas kat muka sebab prosedur ni akan menggunakan jarum suntikan. Dalam setengah jam tu muka akan rasa kebas. Kemudian, Doktor akan datang dan ambik darah kita kat tangan macam nak derma darah, jangan risau, sebab yang ambik darah tu memang doktor terlatih. Selepas tu, darah tu dibawa untuk pengasingan dalam mesin khas.




Bila dah selesai proses pengasingan, Doktor akan mulakan prosedur memasukkan platlet tersebut ke dalam kulit. Macam aku nak buat rawatan wajah, so doktor akan fokus kat muka, bergantung pada berapa banyak platlet yang dapat, maka sebanyak itulah yang akan dicucuk masuk ke dalam kulit. Untuk memasukkan platlet dalam kulit ada dua cara iaitu sama ada gunakan needle (direct injection) atau blunt needle. Aku bersedia untuk cuba dua-dua cara. Jarum yang digunakan bukannya besar pun tapi halus aja. Semasa kulit dicucuk ada rasa sedikit tidak selesa tapi muka dah sapu krim kebas, so ok jer untuk aku.

Dr. Jaswine cucuk tu sangat pantas dan proses tu ambik masa tak sampai 20 minit rasanya. Macam cuk..cuk..cuk siap…hehe. Bila tanya semula, berapa needle stick kat muka? Ada 4 blunt needle kat kedua-dua pipi dan dalam 20 di bahagian dahi. Sebenarnya kalau lebih banyak platlet dapat lagi banyak cucuk yang boleh buat, dan hasilnya boleh cantikkan lebih banyak area.





Hasil Rawatan
Kesan rawatan tu actually boleh nampak on the spot, masa sebelah pipi dah siap, tengok cermin, nampak perubahan. Yang dah cucuk tu nampak lebih cerah dan pipi naik sket, selain tu eye bag berkurangan, aaa..suka..suka..Salah satu yang bagusnya kat sini, setiap prosedur yang dibuat akan diterangkan oleh doktor atau petugas, so takdelah kita dibiarkan tertanya-tanya kan..Doktor pun dah bagitau, kesan lebih ketara dalam 4-5 hari. Downtime atau kesan sampingan? Hanya kesan cucuk jarum tu dalam beberapa jam dah hilang, kalau nak tutup boleh tutup dengan makeup.

Harga?
Boleh dapatkan quotation dahulu dari Klinik Premier, untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web www.premier-clinic.com.

Kalau ada peluang, memang nak repeat supaya lebih cantik dan anggun, gitu…Terima kasih Klinik Premier. Kalau u ols nak cuba, boleh bagitau nama Mel / Meliza Ibrahim untuk tawaran menarik kat Klinik Premier ni. Tak rugi, kecantikan kan hak milik setiap insan…XOXO


Maklumat lanjut? Boleh hubungi mereka:

TTDI:
31,Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur.*Same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi centre BANGSAR:40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.*Same row as Post Office and next to Raj Banana Leaf mamak stall

PUCHONG:G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor* Same row as RHB Bank and Paparich Restaurant 

KL CITY:A-0-8 Megan Avenue 1 , 189 Jalan Tun Razak , 50400 Kuala Lumpur*Opposite new China Embassy (China Visa application place)General Contact Details : +6012-6625552

Friday, 9 March 2018

Macamana nak galakkan anak bercakap?

Agak lama tak bersiaran kat sini. Agak sibuk dengan itu ini. Sedar-sedar dah masuk bulan Mac.

Kali ni aku nak berkongsi sikit pasal nak galakkan anak kecik bercakap. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku semata-mata. Apa yang aku praktis dari anak pertama sampai anak ketiga.

Sebenarnya lahir-lahir jer, baby ni dah ada kehebatan untuk absorb apa yang ada di sekeliling dia. Hebat ciptaan Allah ni memang kita tak boleh sangkal.

Sebelum ada anak, rajin jugaklah aku membaca pasal membesarkan anak. Zaman tu carian online tak sehebat sekarang. So, option yang mudah ialah dengan membaca majalah atau buku berkaitan keibu bapaan.

Dalam salah satu artikel yang aku baca dan ingat sampai sekarang ialah kita jangan bercakap dengan baby menggunakan bahasa baby. Contoh cakap manja-manja pelat gitu. Hehe.. Memang kedengaran comel tapi efeknya bila anak dah terbiasa, dia mengikut so bila besar sikit pun cakap pelat.

Oklah, pasal nak galakkan anak bercakap, ada 3 steps atau perkara ni yang aku apply:
Talk, Listen & Upgrade.

Tataulah kot dah ada teori ni kat mana-mana tapi aku tak pernah search kot ada. Jom kupas apa itu Talk, Listen & Upgrade.

Talk
Bercakap sebanyak mungkin dengan anak. Pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Cakaplah pasal apa sahaja (yang elok-eloklah tau..) atau bukak topik yang anak suka. Untuk aku sendiri, salah satu masa yang sangat berkesan untuk berborak dengan anak ualah dalam kereta, dalam perjalanan pegi atau balik taska/sekolah. Banyak sesi one to one dibuat masa ni. Sebab kalau kat rumah macam-macam keje kita nak buat dan anak pun mungkin nak tengok tv dan sebagainya. 


Listen

Dengar dan tumpu perhatian bila anak bercakap dengan kita. Kalau kita dengar dan tumpu perhatian dorang lebih terbuka untuk berkomunikasi dengan kita dan rasa dihargai. Kalau dia mengaku buat salah, dengar dahulu sampai habis apa yang dia nak adukan. Lepas tu bagitau dia kita hargai dia bagitau kita dan bercakap benar. Explain apa yang dia buat salah, cuba guide dia untuk memperbetulkan salah atau pesan jangan diulang dan jelaskan sebab atau kesan perbuatan tu.

Kalau kita terus marah, dorang akan tutup diri dorang dari mengaku apa-apa.

Upgrade

Naiktaraf vocabulary anak-anak ikut peringkat umur. Perkenalkan dengan perkataan- perkataan yang berbeza tapi ada maksud yang sama. Contohnya kalau kita selalu cakap "Pandainya adik... Yeay..!" cuba kita tukar kepada "Bijaknya adik.. Yeay..!"

Selaras dengan umur dan tahap kefahaman anak, kita juga boleh pelbagaikan topik. Adakalanya topik yang berat dan tidak difahami masa itu, tapi di masa hadapan dia ingat semula apa yang pernah disampaikan dan akan faham bila tiba masanya nanti.

Sesekali cuba cabar mereka dengan buat argument ringkas pasal satu-satu topik atau cuba suruh dia bagi idea untuk sesuatu perkara. Kadang-kadang idea budak-budak ni mengejutkan tau.

Yang penting juga, bila kita salah dalam bercakap contohnya salah info atau bercakap kasar dan ditegur anak, rendahkan sedikit ego kita dan say sorry.

Tips lain:

Jangan ejek anak kalau dia salah cakap atau pelat, bagi dorongan pada dorang.

Anak banyak tanya, layankan.. Itu tanda dorang berfikir dan cuba relate dengan pengetahuan dorang.

Kalau sesuai boleh cuba.. Tak sesuai tak apa...😘