Acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh anak-anak setiap kali cuti sekolah hujung tahun dah tiba. Acara apa tu agaknya? Hehe..anak-anak setengah tahun pun dah tanya bila nak ada Big Bad Wolf (BBW), pesta buku terbesar di Malaysia tulah..lama benar dorang rasa nak menunggu hujung tahun.
BBW tahun ni bermula 8 Disember - 18 Disember, 24 jam tanpa henti lokasi masih Mines Convention Center (MIECC). Aku dan anak-anak dan dua anak abang (total 5 orang budak) berjaya ke BBW 10 Disember (Sabtu) lepas. Strategi biasa aku kalau nak ke BBW, gerak lepas subuh. Sampai sana banyak parking dan selesa sebab sejuk, tak berebut-rebut dengan orang kalau dah ramai nanti. Target macam biasalah, buku budak-budak ni jer. Mama takdenya sempat nak jeling buku-buku untuk dewasa. Kalau ada peluang maybe pegi lagi untuk carik buku bacaan sendiri.
Pagi hari kejadian, yang terlebih excited ialah budak-budak lelaki. Dua orang tu dah bangun dan bersiap pukul 4 pagi. Adoiiii...anak-anak...! Ini, kalau tak bawak g BBW memang meraung-raung ni.
Budak-budak yang dibawa, 3 lelaki, 2 perempuan. So, mereka ni berkepit lah masing-masing dengan sepupu. Anak yang kecik dengan mama jerlah. Tupun si kecik dah dapat buku satu, dia dah tanak, ajak balik. Pening dia tengok banyak sangat buku kot.
Duduk kat sana dalam 2 jam jugaklah, dari segi buku, memang ada banyak penambahan, terutamanya buku bacaan bahasa melayu dan bahasa cina. Novel fixi dan indie pun ada. Selain dari tu, buku-buku rujukan macam PT3 dan SPM pun ada jugak.
Tahun lepas maybe sebab pegi dah nak habis BBW, so tak nampak kesemua choices yang ada. Tahun ni makin banyak jugak buku children. Fokus anak-anak perempuan lebih pada buku bacaan macam novel, anak-anak lelaki, aim buku aktiviti.
Dari segi perbandingan harga, untuk buku-buku yang aku masih ingat yang ada tahun lepas ada dah naik antara RM2-3 setiap satu. Tapi, untuk buku-buku baru yang takde sebelum ni, penimatan sangat ketara, contohnya buku harga RM80 jadik RM15 jer.
Ni antara buku menarik yang ada.
Selepas ambik-ambik buku, biasalah, akan pergi sorting dulu, cek balik yang mana boleh letak balik, letak jer sebab memang tanak dorang bazir, nanti beli tak baca, eh macam kena kat diri sendiri jer ni :p
Lagi satu aim aku kalau ke BBW ialah gift set untuk baby, macam cloth book, bath book atau set-set yang sesuai nak dijadikan hadiah. Biasanya kat BBW benda-benda macam tu dijual di luar dewan, tapi, sedih tau, untuk tahun ni takde dah jual kat luar. Luar tu hanya ada poster.
Selain BBW, ada jugak deretan gerai alat tulis kat luar, biasanya stop dna beli jugak sebab murah dari biasa. Tapi tahun ni dah tak larat kejar si kecik. Lepas game di Booth Digi, How Secure R U online? Terus keluar nak carik breakfast dan jugak nak antar anak-anak buah ke rumah mak. Kalau mama nak belek-belek buku ni, kena ada next trip ler...hehe